Monday 12 September 2011

Sean Kingston Beri Masalah Kepada Siti Nurhaliza?


Peminat Siti Nurhaliza Mungkin agak kecewa apabila mengetahui pelancaran album Inggerisnya yang berjudul All your love yang sepatutnya di lancarkan pada 9/9/2011 telah ditangguhkan kepada 25 september ini.
Semuanya atas kerana rakaman lagu terakhir dalam tersebut yang berjudul Remember meyang menampilkan Datuk Siti Nurhaliza berduet dengan penyanyi antarabangsa Sean Kingston, apabila mengalami sedikit masalah ketika penghantaran suara rakaman Sean Kingston lambat dibawa balik ke Malaysia.
Siti Nurhaliza menyatakan kekecewaan beliau dalam masalah tersebut namun beliau menerima dengan sebaiknya, katanya beliau akan memulakan pengambaran bagi single terbarunya yang kini sedang hangat dimainkan di corong radio yang berjudul Falling in love rakaman tersebut dikatakan melibatkan 500 penari professional yang dijemput khas pada isnin ini dan rakaman tersebut dilakukan di perkarangan kawasan pusat membeli belah Pavilion.

No comments:

Post a Comment