Wednesday 28 September 2011

Kanak-kanak 7 tahun buat seks oral dalam kelas

Berita AP melaporkan seorang guru kelas sekolah rendah di California utara digantung tugas bagi membolehkan pihak polis menyiasat aduan seorang murid berusia 7 tahun bahawa rakan kelasnya melakukan seks oral dan sebahagiannya menanggalkan pakaian mereka semasa berbuat perilaku demikian.

Siasatan sedang giat dijalankan di Markham Elementary School di Oakland. Pengetua sekolah memaklumkan situasi yang berlaku kepada ibu bapa melalui sepucuk surat.

"Kami percaya jika laporan ini benar, maka ada kesilapan pertimbangan yang serius atau kurangnya pengawasan di dalam kelas," kata Troy Flint, jurucakap Oakland Unified School District.

"Kami sedang menyiasat bagaimana kejadian ini boleh berlaku. Kejadian ini adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kami, begitu juga ibu bapa dan anggota masyarakat yang lain."

Guru lelaki yang digantung tugas itu yang namanya dirahsiakan, memberitahu penyiasat bahawa dia tidak melihat kejadian yang didakwa berlaku itu pada minggu lepas. Guru tersebut dilarang memasuki kawasan sekolah sehinggalah penyiasatan selesai.

Berita ini ringkas dan tidak begitu spesifik, namun berita ini berisi kejadian yang boleh menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa. jadi awasi anak-anak dan ambil langkah drastik bagi memastikan anak-anak kita terhindar daripada kejadian yang sememangnya tidak terduga oleh akal fikiran kita.

No comments:

Post a Comment