Wednesday 31 August 2011

Gambar Sebelum Dan Selepas Rusuhan Di England

Semuanya dikatakan berpunca daripada kematian Mark Duggan, 29 tahun yang telah ditembak mati oleh polis semasa hendak menangkapnya di Tottenham pada 4 Ogos 2011. Sejak dari kejadian tersebut, rusuhan di England mula di bandar Tottenham yang kemudiannya merebak ke bandar-bandar lain seperti London, Manchester, Liverpool dan lain-lain.

Tetapi sebenarnya bukanlah berpunca dari kejadian tembakan tersebut semata-mata, kerana berdasarkan kajian yang dibuat terdapat punca2 lain seperti kekurangan pekerjaan di England yang membuatkan kejadian rusuhan ni digunakan oleh golongan tiada pekerjaan untuk merompak kedai2. Kesan kemusnahan korang boleh tengok kat gambar bawah nie, sayang tempat yang dulunya cantik bertukar rupa macam kawasan lepas perang.










Percaya tak umur model ini 12 tahun?



Nama lengkap: Hoang Bao Tran Le (Lê Hoàng Bảo Trân)
Lahir : 1998
Tinggi badan : 1.72m

Dia seorang model muda yang cantik dan innocent face. dia menjadi juara dalam pertandingan Teen Model 2009 di Vietnam, waktu itu umurnya baru 11 tahun.Ketika ini dia berumur 12 tahun, kecantikannya benar-benar memukau bagi siapa saja yang melihatnya. 

Lawak, Inilah Cara Untuk Elakkan Kereta Daripada Dicuri


Inilah cara yang paling gempak untuk menggelakkan kereta dicuri....






betul-betul lawak...

Cara Meletakkan Kereta Jika Tiada Petak Untuk Meletakkan Kereta


Beginilah aksi seorang wanita yang menggunakan kebijakkannya.
Cara dia meletakkan kenderaannya begitu unik...
dia boleh dan bila -bila masa untuk meletakkan kenderaannya..
walaupun tiada tempat untuk meletakkan kenderaan...









3 Pelajar Berjaya Mencipta Kereta Ferrari Masa Hadapan Yang Canggih



MARANELLO - Tiga pelajar Korea Selatan, memenangi peluang sekali seumur hidup untuk membantu mereka bentuk kereta mewah Ferrari. 

Pelajar dari Universiti Hongik di Seoul itu, mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Rekaan Ferrari Dunia 2011, selepas berjaya dalam menyahut cabaran pengeluar kereta hebat itu untuk membayangkan bagaimana reka bentuk Ferrari pada masa hadapan. 

Rekaan digelar Eternity itu, adalah cetusan idea hebat Kim Cheong Ju, Ahn Dre dan Lee Sahngseok. 

Sebanyak 400 penyertaan oleh pelajar daripada 50 sekolah reka cipta dan universiti di seluruh dunia berentap dalam pertandingan itu. 

Hebat, Bekas Juruterbang Cipta Kereta Terbang


EMPAT sayap dilekatkan pada badan kereta ZAZ Tvria. 

KALUGA, Rusia - Seorang bekas juruterbang, Valery Bulgakov mengubah suai sebuah kereta untuk dijadikan latihan untuk juruterbang, lapor sebuah akhbar semalam. 


VALERY BULGAKOV memegang peralatan 
yang mengawal pergerakan sayap kereta terbang. 

Bulgakov yang berusia 72 tahun meletakkan empat sayap pada badan kereta itu. 

Kereta itu boleh bergerak 96.56 kilometer sejam dan terbang hanya setinggi 3.04 meter. 

Kereta yang diubah suai itu adalah model ZAZ Tvria tahun 1987. 

Dalam kereta itu terdapat alat yang mengawal pergerakan sayap semasa ia terbang. - Agensi 

[Video] Seekor Anjing Serang Kumpulan Ikan Jerung


Anjing itu mendekati seekor ikan jerung.


SYDNEY - Satu rakaman video menunjukkan seekor anjing menggigit ikan jerung di sebuah lokasi di Australia, lapor sebuah akhbar semalam. 

Rakaman itu disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan anjing tersebut berenang ke arah sekumpulan ikan berkenaan sebelum menyelam untuk menggigit seekor ikan jerung. 

Lelaki yang merakamkan kejadian itu menyatakan dia tidak pernah melihat kejadian tersebut sebelum ini. - Agensi 

Sanggup Tipu Diri Hamil Kerana Projek Tahun Akhir Sekolah






GABY RODRIGUEZ membuang bantal
pada perutnya selepas berpura-pura
hamil selama enam bulan. 


YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil. 

Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah. 

Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik. 

Sebagai bukti dia berkata benar, Rodriguez mengeluarkan bantal yang diikat dengan menggunakan wayar pada perutnya di hadapan para pelajar lain. 

Seterusnya, dia memberitahu, kajian sosial itu dirahsiakan dan hanya diketahui oleh seorang rakannya, ibunya, teman lelakinya dan pengetua sekolah berkenaan serta segelintir yang lain. 

"Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," katanya kepada akhbar Yakima Herald Republic selepas mendedahkan berita tersebut. 

Selepas Rodriguez membuang 'perut palsunya', ramai antara 700 pelajar sekolah itu, pada mulanya terkejut, namun mereka lantas bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya. 

Mengulas mengenai tindakan pelajarnya itu, pengetua sekolah berkenaan, Trevor Green berkata, Rodriguez patut dipuji kerana komitmennya meneruskan projek tersebut. 

"Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," kata pengetua tersebut. 

Kisah pelajar berkenaan mendapat liputan meluas di AS dengan Rodriguez diundang ke rancangan bicara pagi popular, Today kelmarin untuk menceritakan pengalamannya. - Agensi 

Team Bolasepak Wanita Iran Menangis Di Halau Kerana Bertudung


Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud pemain bola wanita  Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alasan team dari Iran mengenakan pakaian islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.
Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.
Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, “Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.”
Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab. Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.
Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam.
Source ustaznoramin

Pekerja Pusat Jagaan Kelar Lapan Kanak-Kanak


gambar hiasan
Seorang pekerja mengelar kanak-kanak di sebuat pusat jagaan untuk pekerja pendatang di timur China, menyebabkan lapan orang cedera. Serangan berlaku tengah hari di daerah Minhang, pinggir bandar raya Shanghai, pusat tumpuan ramai pekerja pendatang.
Penyerang wanita itu kini dalam tahanan polis untuk disoalsiasat, kata Zhuang Liqiang, pegawai Biro Keselamatan Awam Shanghai.
Daripada lapan kanak-kanak itu, empat dihantar ke hospital untuk dirawat sementara empat lagi hanya cedera ringan. Penyerang dipercayai mengalami sakit jiwa. – AP

Bukti Kejujuran Orang Jepun Yang Sukar Untuk Di Tiru Oleh Negara Lain


Sebenarnya ini bukanlah pasar kerana penjual disana adalah para petani yang membuka tapak sendiri untuk menjual hasil kebunnya. Dan kalau dilihat, tidak ada bezanya dengan pasar yang ada di malaysia, kecuali satu perbezaannya yaitu tidak ada orang yang menjaga untuk tapak perniagaan tersebut.
Jadi bagaimana transaksi jual belinya? mudah saja, mereka (si penjual) telah mencantumkan harga di setiap barang dagangannya dan apabila ada pembeli yang datang untuk membelinya, si pembeli hanya masukkan wang secukupnya ke tempat yang telah disediakan.
Dan percaya atau tidak, boleh dikatakan hampir tidak ada satupun petani yang rugi berdagang dengan cara seperti ini. Atau dengan kata lain, semua pembeli selalu membayar apa yang mereka ambil.
Course fcukz.co.cc

Lelaki Bermata Kamera, Mampu Merakam Apa Sahaja


Mata bercahaya merah seperti watak Terminator kini bukan lagi hanya boleh ditemui di dalam filem Hollywood apabila seorang pembuat filem dokumentari menukar mata palsunya kepada kamera video kecil.
Rob Spence dari Toronto, Kanada mampu merakam apa yang dilihat melalui mata kanannya melalui peranti mini berukuran sembilan milimeter dilengkapi kamera video, pemancar tanpa wayar dan bateri yang dimasukkan ke dalam soket mata. 
Alat itu tidak disambungkan kepada otak Spence dan juga tidak mengembalikan penglihatannya yang hilang akibat kemalangan semasa kecil tetapi mampu menghantar video masa sebenar kepada komputer bimbit.
Penghasilan peranti unik itu sebelum ini mendapat perhatian dunia apabila ia dinamakan oleh majalah Time sebagai antara 50 ciptaan terbaik di dunia pada 2009.

Remaja Maut Dibaham Beruang Kutub


KEPULAUAN SVALBARD, Norway - Seorang remaja lelaki, Horatio Chappleon, 17, mati dibaham beruang kutub ketika dia tidur di khemahnya di sebuah glasier di sini, dekat Norway, lapor sebuah akhbar semalam.
Beruang berbulu putih dan bertaring panjang itu menyerang sekumpulan peserta kembara Britain pada Khamis lalu dan turut mencederakan empat yang lain.
Seorang saksi, Terry Flinders berkata, semasa kejadian anak lelakinya, Patrick, 16, sedang berbaring di khemahnya apabila beruang lapar itu menyerbu masuk dan menggigit kepalaHoratio yang tidur di sebelahnya lalu membunuh mangsa.
Horatio Chappleon
Ia kemudian menerkam Patrick. Anak saya menumbuk hidung beruang kutub itu untuk menyelamatkan diri. Dia sempat berlari ke keluar khemah tetapi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat dicakar,” kata Terry.
Tiga lagi mangsa serangan beruang lapar itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.
Binatang buas itu akhirnya ditembak mati oleh anggota kumpulan pelancong berkenaan.
Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa yang tiba di lokasi dengan menaiki sebuah helikopter tidak lama kemudian.
Beberapa hari sebelum kejadian, seorang peserta kembara itu memberitahu, mereka termasuk Horatio berasa gembira apabila ternampak seekor beruang kutub tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka.
BEBERAPA petugas penyelamat mengangkut bangkai
beruang kutub yang membunuh seorang remaja Britain.
Mangsa-mangsa terselamat berkata, kejadian berlaku kerana sistem kawat penggera di keliling tapak perkhemahan tersebut gagal berfungsi.
Sistem itu sepatutnya melepaskan letupan bunga api ke udara untuk menakutkan beruang kutub yang tersadung kawat dawai berkenaan.
Terdapat sekitar 27,000 ekor beruang kutub di dunia dengan 60 peratus haiwan itu tinggal di Kanada.
Beruang kutub yang berbulu putih turut ditemui di Alaska, Rusia, Greenland dan Norway. – Agensi
Putra – Seramnya kalau berada disana..

Negara Terkecil Di Dunia Dengan Penduduk Hanya 3 Orang

Sebagaimana syarat-syarat penubuhan sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walau mungkin tidak akan pernah berdaftar di Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Republik yang mempunyai wilayah kedaulatan sendiri ini memang wujud secara fakta, de facto.
molossia 7 1494137i Negara Terkecil Di Dunia Dengan Penduduk Hanya 3 Orang
Pemimpin Negara Molossia Kevin Baugh , pendiri sekaligus pimpinan negara Molossia
Republik Of Molossia secara geografi berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, jadi negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat. Negara paling kecil ini dipimpin oleh seorang diktaktor yang bernama Kevin Baugh di mana Kevin ditemani oleh 2 anaknya di negara yang dia proklamirkan 3o tahun silam itu.
Negara Molossian yang ditubuhkan pada 26 Mei 1977. Dikenali pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein, James Spielman telah menjadi Raja James I, dan Kevin Baugh sebagai Perdana Menteri. Setelah tempoh singkat kegiatan negara tunggal itu memasuki masa sunyi. Raja James I, meskipun masih sebagai raja, beliau tidak lagi menjadi aktif dalam kerajaan pada waktu itu. Kerajaan terus wujud tanpa campurtangan Raja, dan kemudian ditadbir oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980, nama negara tersebut ditukarkan menjadi Negara Edelstein, dan pada tahun 1988 ditukaran kembali kepada nama XI sekali lagi, kali ini sebagai Kerajaan Zaria. Kerajaan yang berpindah randah tersebut yang memiliki pemerintah tetapi tanpa sebuah rumah. Setelah ditadbir oleh Perdana Menteri, Pemerintahan tersebut kemudiannya berhijrah ke Eropah. Setelah kembali dari Eropah pada tahun 1992, Kerajaan tersebut menjadi makmur dan wujud dalam budaya.
molossia 4 1494152i Negara Terkecil Di Dunia Dengan Penduduk Hanya 3 Orang
Molossia juga menerbitkan Passport seperti negara berdaulat
molossia 2 1494155i Negara Terkecil Di Dunia Dengan Penduduk Hanya 3 Orang
Memiliki layanan Pos sendiri, setem dan pejabat pos
Luas Wilayah : 14.3 acres
Date of foundation : 3 September 1999 (Saat di Nevada)
Pemimpin : Kevin Baugh (Ditaktor)
Bentuk Negara : Republic (Dictatorship de facto)
Bahasa : English (Deseret), Esperanto, and “Griko”
Mata Wang : Valora (Dari Koin Kasino)
Ibu Kota : Espera
Time Zone : Molossian Standard Time (UTC-7 hours, 29 minutes)
Penduduk Manusia : 3 (3 lainnya anjing )
molossia 9 1494107i Negara Terkecil Di Dunia Dengan Penduduk Hanya 3 Orang
molossia 13 1494120i Negara Terkecil Di Dunia Dengan Penduduk Hanya 3 Orang
Negara ini juga memiliki website rasmi kenegaraan yang lengkap infonya.

Peminat Mengamuk BodyGuard Pegang Dada Cecelia Cheung

Cecelia Cheung kelihatan dipegang pada dadanya dan juga tubuhnya oleh dua orang bodyguardnya apabila dia menyertai dua acara di Wuhan, Hubei. Seorang bodyguard yang memakai baju ungu kelihatan meletakkan tangannya pada dadanya dan seorang lagi kelihatan menyentuh tubuhnya. Ramai peminatnya mengamuk dan mereka menyeru agar tangan bodyguard tersebut dipotong. Apa pendapat anda?