Thursday 29 September 2011

Aneh, lelaki minum darah isteri selama 7 tahun

Kejadian yang menimpa Deepa Ahirwar, bukan sebahagian dari sebuah adegan filem seram. Wanita muda ini menceritakan kekerasan yang dialaminya selama berumah tangga apabila suaminya meminum darahnya selama tiga tahun.

Deepa yang kini berumur 22, menikah dengan seorang buruh petani, Mahesh Ahirwar di Shikarpura, Madya Pradesh, India. Setelah berkahwin dia bukannya mendapat perlindungan dan kasih sayang tetapi Deepa telah mengalami pengalaman mengerikan dalam rumah tangganya.

Seperti diberitakan dari Times of India, Deepa menceritakan perlakuan aneh suaminya bermula ketika mereka masih dalam masa bulan madu. "Dia mengambil darah dari lengan saya secara suntikan, menuangnya dalam gelas lalu meminumnya. Dia melakukannya secara rutin selama tiga tahun dan mengancam saya jika menceritakan hal ini kepada siapa pun."

Selepas beberapa bulan pernikahan, Mahesh mulai minum darah isterinya dan tidak mahu berhenti walaupun isterinya sedang hamil. Namun setelah anak mereka lahir awal tahun lalu, Deepa mengecam kelakuan suaminya. Oleh kerana protes yang dilakukan,dia telah dipukul suaminya.

Tanpa pengetahuan suami pada Julai lalu,dia menyelinap keluar rumah bersama bayinya dan menceritakan semuanya kepada ayahnya. Kemudian, kes ini dilaporkan ke pihak polis Patera. Namun, petugas menolak kerana mengatakan kes tersebut dibawah tanggungjawab Balai Polis Hindoriya.

Di Balai Polis Hindoriya pula dia diarahkan ke bahagian kaunseling wanita tetapi kesnya tidak diterima. Namun, hasil bantuan penduduk Shikapura akhirnya berjaya membuatkan kes keganasan rumahtangga ini ditangani polis.

No comments:

Post a Comment