Sunday 31 July 2011

Ranking Dunia, Malaysia Jatuh Dua Anak Tangga


BERDASARKAN ranking dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) 27 Julai lalu, Malaysia mengalami penurunan dua anak tangga berbanding 144 bulan lalu. 

Kegagalan mengatasi Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia lalu mungkin menyebabkan kedudukan itu berubah kerana tiada aksi kompetitif melibatkan pasukan Harimau Malaya selepas ini. 



Sementara itu, kejutan terbesar berlaku apabila Lions melonjak 11 anak tangga berbanding 142 walaupun sekadar bermain dua perlawanan. Anak buah Radojko Abramovich kini menjadi pasukan kedua terbaik di rantau Asia Tenggara selepas Thailand. 

Di peringkat dunia, Uruguay melonjak ke tangga kelima dunia selepas memenangi Copa America di Argentina untuk memintas kedudukan England. 

Berikut kedudukan terkini pasukan pilihan ranking terkini Fifa: 1. Sepanyol 2. Belanda 3. Jerman 4. Brazil 5. Uruguay 6. England 7. Portugal 8. Itali 9. Croatia 10. Argentina 146. Malaysia.

Muslim Ahmad Tekad Julang Skuad Olimpik


MUSLIM (kanan) menerima tunjuk ajar daripada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal untuk menghadapi Singapura, baru-baru ini.
MUSLIM (kanan) menerima tunjuk ajar daripada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal untuk menghadapi Singapura, baru-baru ini.
TONGGAK skuad Olimpik negara, Muslim Ahmad bertekad memberi persembahan terbaik dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik, peringkat kumpulan walaupun sedar betapa saingan sengit yang bakal diterima. 

Malaysia akan berdepan ‘gelora’ daripada gergasi Asia, Jepun, Bahrain dan Syria dalam saingan Kumpulan C.
“Saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi dalam pusingan kelayakan kerana sedar akan menerima saingan hebat daripada ketiga-tiga pasukan berkenaan, khasnya Jepun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Apapun, Muslim akur dia banyak belajar selepas diberi peluang beraksi bersama skuad senior negara dalam kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini. 

“Semua pengalaman ini akan saya guna sebaik-baiknya membantu pasukan Olimpik kita mencapai kejayaan dalam pusingan kelayakan Olimpik kali ini,” katanya. 

Dia turut percaya latihan sebulan di Slovakia yang sudah bermula akan menjadi persediaan awal sebelum memulakan aksi pusingan kelayakan nanti. 

Muslim yang menjadi tonggak utama skuad negara ketika menjulang Piala AFF Suzuki, tahun lalu bagaimana pun tidak mahu meletakkan sebarang sasaran dalam saingan kali ini. 
“Selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan termasuk kalah tipis 0-1 kepada Chelsea, saya yakin dengan kemampuan barisan pertahanan skuad Olimpik. Bagaimana pun, saya dan rakan sepasukan akan bermain bersungguh-sungguh dan diharapkan kita mampu untuk mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan,” katanya. 

Harimau Malaya Harus Bangkit Demi Penyokong


SAFEE (No 10) bantu skuad negara jaring tiga gol tapi sumbangannya belum cukup dalam kelayakan Piala Dunia Zon Asia menentang Singapura, baru-baru ini.
SAFEE (No 10) bantu skuad negara jaring tiga gol tapi sumbangannya belum cukup dalam kelayakan Piala Dunia Zon Asia menentang Singapura, baru-baru ini.
Safee sedia sarung jersi kebangsaan termasuk membantu skuad negara di Sukan SEA

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali tidak mahu rakyat Malaysia terus meratapi kegagalan Harimau Malaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014, sebaliknya mahu semua pihak belajar daripada episod duka itu untuk mencipta kejayaan lebih besar pada masa depan.
Penyerang yang meledak tiga gol ketika anak buah Datuk K Rajagobal tunduk 4-6 dalam perlawanan timbal balik kepada Singapura mengakui kekalahan kepada musuh tradisi itu amat perit diterima, tetapi menegaskan ia bukan penamat dan berakhirnya masa depan Harimau Malaya.

“Saya tahu seluruh negara kecewa, tetapi perasaan itu tidak harus terus membelenggu kita. Sebaliknya, ia menuntut kita bekerja dan berusaha lebih keras lagi,” katanya yang pulang semula ke Jakarta kelmarin untuk mengikuti latihan pusat bersama kelabnya, Pelita Jaya bermula Khamis ini bagi menghadapi musim baru.

Safee yang menyuarakan kesediaan untuk terus menyarung jersi kebangsaan termasuk beraksi di Sukan SEA November ini andai dipanggil berkata, dia dan rakan sepasukan amat terharu dengan sokongan peminat setia yang membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu.

“Walaupun pasukan tewas 5-3 dalam perlawanan pertama, tetapi kehadiran puluhan ribu penyokong membuktikan keyakinan dan sokongan mereka terhadap kami tidak pernah luntur. Seluruh pasukan terharu dan pada masa sama meminta maaf kerana tidak dapat membalasnya dengan menghadiahkan kemenangan kepada mereka,” katanya.

Safee yang pertama kali berpuasa di rantau orang selaku pemain profesional mengakui teruja dan tidak sabar merasai pengalaman serta suasana baru mengerjakan ibadat itu. 


“Mungkin ada sedikit perbezaan terutama rutin latihan, tetapi saya yakin bukan masalah besar dan mampu menyesuaikan diri. Saya juga terbabit beberapa program lain yang diatur sepanjang Ramadan ini dan sudah pasti ia pengalaman yang mengujakan dan sukar dilupakan,” katanya. 

Skuad Olimpik Negara Terus Mengganas


BARISAN skuad Olimpk negara ketika turun menentang Topvar Topolcany di Slovakia kelmarin.


SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin.
Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.
“Saya merehatkan lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal.
“Dalam kesebelasan utama kali ini, saya meletakkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri.
“Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.
Pada perlawanan tersebut, Topvar Topolcany mendahului pada minit ke-21 menerusi Durcek Michal sebelum skuad Olimpik negara membalas hasil jaringan Ferris Danial pada minit ke-64 dan sepakan penalti Fandi (87).
Jelas Kim Swee, enam pemain baru iaitu Azrul, Syazwan, Nazmi, Azrif, Hazwan dan Izuan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad yang dianggotai majoriti pemain Harimau Muda A itu.
“Antara mereka ini, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.
“Pada perlawanan kedua ini, para pemain secara keseluruhannya telah menunjukkan kebangkitan serta keinginan untuk menyamakan kedudukan serta mendapatkan gol kemenangan dan ia harus dipuji,” ujar Kim Swee.
Perlawanan ketiga bakal berlangsung malam esok dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.

Khairul Fahmi Perlu Bijak Tangani Masalah Peribadi


Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat
“SAYA berharap dia dapat menyelesaikan masalah itu dengan cara terbaik,” kata pengurus skuad Kelantan, Azman Ibrahim berhubung keputusan mengejut penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat memutuskan tali pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, Jumaat lalu. 

Katanya, dia tidak mahu Khairul Fahmi membabitkan masalah peribadi dengan kerjayanya sehingga boleh menjejaskan prestasi selaku penjaga gol nombor satu negara.
“Saya tak nak campur tangan dalam urusan peribadinya, namun sebagai pengurus, saya mahu semua masalah dapat diselesaikan baik.

“Saya tidak mahu ia menjejaskan tumpuan. Dia harus bijak mengasingkan masalah peribadi dengan kerjaya,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Kelmarin, sebuah akhbar tabloid melaporkan Apek memutuskan pertunangannya dengan Aimie selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dengannya menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan. 

Sementara itu, ketua pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radhzi, berkata dia terkejut dengan apa yang berlaku kepada rakan sepasukannya itu. 

“Selepas membaca berita ini melalui akhbar, saya begitu terkejut dengan apa yang menimpa Apek. Saya berharap dia dapat bersabar dan tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu sehingga mengganggu prestasinya.

 
“Saya akui dia adalah seorang penjaga gol terbaik negara ketika ini dan sudah dibuktikan ketika perlawanan menentang Singapura, Khamis lalu. Sebagai rakan dalam pasukan Kelantan, saya tidak mahu perkara itu akan menjejaskan prestasinya terutamanya membantu Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan, Piya. 

Cicak Tokek Tiada Harga Di Negara Jiran


GAMBAR CICAK TOKEK
Kalau kat Malaysia ni, sebut saja cicak tokek, pasti orang akan membayangkan duit yang banyak. Yer la, harganya kan ratusan ribu ringgit. Malah boleh mencecah jutaan ringgit. Tapi kat negara jiran (kebarangkalian besar Indonesia), anda tengok la sendiri diorang buat apa je dengan cicak tokek tu.
GAMBAR CICAK TOKEK
GAMBAR CICAK TOKEK
GAMBAR CICAK TOKEK
See.. Diorang buat macam nak jadikan ikan kering versi cicak tokek je. Huhu..
Credit : ZonBebas.Com

Zalim, Bunuh Beratus Binatang Dengan Cara Yang Kejam


Ini adalah upacara keagamaan setiap tahun di adakan di Nepal untuk memberikan hadiah dari semua kekuatan Gadhimai Dewi.Ribuan orang ramai dan lembu dibunuh dengan cara begini.Kegiatan ini diadakan selama dua hari.











Kejam tak kejam itu mengikut kepercayaan masing-masing.Bagi mereka 
mungkin ini cara untuk mengucapakn terima kasih pada Tuhan mereka....

Baru 23 Tahun Dah Jadi Nenek


BUCHAREST: Seorang wanita yang mencatat nama sebagai nenek paling muda di dunia menceritakan pengalamannya membesarkan anak sejak berusia 12 tahun, semalam.

Ibu kepada dua anak, Rifca Stanescu, berkata mana-mana gadis tidak sepatutnya mengikut langkah dia memiliki anak pada usia terlalu muda.

Bagaimanapun, anak sulung Rifca, Maria, melahirkan zuriat pertamanya, Ion, ketika baru berusia 11 tahun.
Kata Rifca, 23, dia berkahwin dengan penjual barang kemas, Ionel Stanescu, ketika dia baru berusia 11 tahun, manakala lelaki terbabit 13.“Perkahwinan dilangsungkan kerana bapa mahu menjodohkan saya dengan seorang pemuda lain yang tinggal di kampung berbeza,” katanya.

Bersama suami dan cucunya Ion

Walaupun berkahwin tanpa restu, kata Rifca, ibu bapanya memaafkan perbuatannya apabila dia melahirkan Maria.Anak kedua Rifca, Nicolae, lahir setahun kemudian. Kata Rifca, sejak awal dia memujuk Maria supaya meneruskan pembelajaran sehingga dewasa bagaimanapun, gadis itu kemudian berhenti sekolah dan berkahwin pada usia 10 tahun.

 “Enam bulan kemudian, Maria melahirkan Ion,” katanya.Kini berusia dua tahun, Ion tetap mendapat kasih sayang daripada Rifca.

Bagaimanapun, katanya, masih ada yang terbuku di hatinya.“Pengalaman menjadi nenek memang menyeronokkan, tetapi saya terkilan kerana sepatutnya Maria mampu mendapat kejayaan lebih baik daripada ini,” katanya.

Pelik, Burung Helang Terbang Terbalik



PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.

Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.

"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.

Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. - Agensi

Mereka Ini Adalah Mak Bapak Yang Teruk


TERUK.. kesian kat anak. Nasib baik tadak orang malaysia. semua luar negara saja.. memacam, ada sangkut atas pokok, kurung dalam sangkar, ada bagi hisap rokok, ada bagi kawan dengan singa, bubuh dalam tong sampah,kurung dalam locker.. isk isk isk.. layanzz..