Monday 12 September 2011

Bekas Isteri AC Mizal Terpaksa Pinjam Duit Demi Anak-Anak


Bekas isteri AC Mizal, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripada ibunya semata-mata untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya.
Hal ini diberitahu sendiri oleh bekas ibu mertua pengacara dan pelakon AC Mizal, Rafiah Ab. Talib. Malah, Shafnie juga terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi menampung perbelanjaan hidup dia dan anak-anaknya.
Walaupun kesempitan wang, Shafnie tetap tidak mengabaikan pendidikan agama anak-anaknya dengan menghantar anak sulungnya ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam.
Rafiah juga menyatakan yang anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Syafiq tidak pernah dapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut.

No comments:

Post a Comment