Wednesday 30 November 2011

Muka hancur kena tembak tapi nampak relaks je


tengok gambar pun dah ngeri ...

sumber : bestoneoffour.wordpress.com

Bayi tujuh bulan ada 24 jari

PAGARALAM, Indonesia - Berat badan seorang bayi perempuan, Natasya di sini sudah mencecah 15 kilogram (kg) walaupun dia baru berusia tujuh bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, Natasya memiliki keunikan lain kerana dia mempunyai 24 jari.

Sekali pandang, anak pasangan Eko dan Ria itu tetap kelihatan normal serta ceria seperti bayi seusianya.

"Sejak lahir lagi, bilangan jarinya memang aneh. Ketika lahir, beratnya nomal iaitu 3.5kg. Namun, beratnya sekarang sudah 15kg, sedangkan dia hanya diberi susu ibu.

"Setiap kali menjalani pemeriksaan, berat badannya bertambah sebanyak dua kg," kata ibunya, Ria.

Ria memberitahu, ketika mengandung, dia sentiasa berasa lapar dan makan dengan banyak.

Dia juga mengaku amat terkejut apabila melihat anaknya mempunyai 12 jari di kaki dan tangan.

Ketua Pusat Perubatan Kota Pagaralam, Dr. Rashidi menyatakan berat badan normal bagi bayi yang berusia tujuh bulan adalah antara tujuh hingga lapan kilogram.

Dr. Rashidi menyarankan supaya Natasya dibawa bertemu dengan pakar kanak-kanak untuk mengetahui punca berat badannya meningkat.

Mengulas tentang jumlah jari yang dimiliki Natasya, Dr. Rashidi memberitahu masalah itu terjadi sewaktu dalam janin lagi.

Namun, ia tidak mengganggu kesihatan bayi tersebut.-kosmo online

[Video] Pelukan ayah telah selamatkan bayinya yang berusia 4 bulan

Rakaman CCTV menunjukkant kendaraan yang di pandu Mr Hayden 82tahun meluru laju ke tepi jalan menghentam Andrew Leech yang sedang menggendong bayinya berusia empat bulan dalam pelukannya.Mr Hayden dipercayai terkena serangan jantung.

Ketika kereta mendekati Mr Leech secara spontan dia membalikkan badannya untuk melindungi anaknya. Akibatnya dia tersepit di dinding dan membuat kakinya patah, tapi aneh dan luar biasa dia dengan tenang menggendong anaknya menurut beberapa saksi setelah kecelakaan.

Darah lelaki ini telah menyelamatkan 2 juta nyawa bayi

Sydney, Kematian bayi kerana penyakit rhesus darah sering terjadi kerana sulitnya mencari penderma darah. Salah satu yang memiliki darah pelik itu adalah James Harrison. Dia telah menyelamatkan nyawa jutaan bayi kerana darahnya yang istimewa.


James Harrison berasal dari Australia berusia 74 tahun, telah menjadi penderma darah selama 56 tahun. Darahnya yang tergolong jenis pelik telah menyelamatkam dua juta lebih nyawa bayi. Kerana kebaikannya, dia digelar 'manusia bertangan emas' atau 'manusia dalam dua juta orang'.

Harrison telah memberikan darah tiap beberapa minggu sekali sejak ia berusia 18 tahun, dan kini sudah 948 sumbangan darahnya.

Dia telah membantu banyak ibu melahirkan bayi yang sihat, termasuk juga menjadi penderma untuk bayi anaknya sendiri, Tracey. Kini bayi Tracey hidup sihat berkat darah datuknya.

Harrison memiliki antibodi dalam plasmanya, yang menghentikan kematian bayi akibat penyakit Rhesus,iaitu salah satu penyebab penyakit hemolitik pada bayi baru lahir dan merupakan suatu bentuk anemia yang parah. Darahnya telah mengarah pada pengembangan vaksin yang disebut Anti-D.

"Saya tidak akan pernah berhenti. Tidak akan pernah," kata Harrison yang berjanji pada dirinya sendiri untuk menjadi penderma sejak usianya 14 tahun, setelah dia menjalani pembedahan jantung yang memerlukan 13 liter darah.

Menurutnya, dia harus berada di hospital selama tiga bulan ketika menjalani pembedahan. Darah yang dia terima telah menyelamatkan hidupnya, dan sejak itu ia berjanji akan memberikan darahnya ketika ia berusia 18 tahun.

Ketika mendermakan darah barulah dia mengetahui bahawa darahnya adalah jenis yang pelik dan terdapat antibodi penyelamat di dalamnya.

Pada waktu itu, ribuan bayi di Australia meninggal tiap tahunnya kerana penyakit Rhesus. Bayi yang baru lahir lainnya menderita kerosakan otak permanen kerana keadaan tersebut.

Penyakit ini menciptakan ketidak sesuaian antara darah ibu dan bayinya yang belum lahir. Ini kerana salah satu dari mereka memiliki Rh-positif (memiliki antigen D) dan lainnya Rh-negatif (tidak memiliki antigen D).

Setelah jenis darahnya diketahui, Harrison menawarkan diri untuk menjalani beberapa ujian untuk membantu mengembangkan vaksin anti-D. Harrison memiliki Rh-negatif dan ia diberikan suntikan darah Rh-positif.

Harrison telah memberikan darahnya pada ratusan ribu perempuan. Dia juga memberikan darahnya pada bayi setelah mereka dilahirkan untuk menghentikan mengembangan penyakit. Dikatakan, dia telah menyelamatkan 2,2 juta bayi sampai saat ini.

Darah Harrison dianggap begitu istimewa. Hidupnya telah diinsuranskan untuk satu juta dolar Australia.

"Saya tidak takut. Saya senang membantu. Saya harus menandatangani setiap bentuk pendermaan dan pada dasarnya menandatangi kehidupan saya," kata Harrison.

Seekor anjing menyelamat bayi yang di tinggalkan di dalam hutan

Seekor anjing menyelamatkan nyawa seorang bayi yang ditinggalkan di Kenya.Anjing menemukan gadis kecil di hutan di luar Nairobi. Warga mengatakan anjing itu membawa anak itu menyeberang jalan yang hiruk pikuk dan melalui pagar kawat berduri.


Anjing itu menemukan bayi berumur dua-minggu, terbungkus dengan kain kotor, dan membawanya ke kandangnya.
Sekelompok anak laki-laki bermain di dekat anak-anak anjing anjing itu mendengar tangisan bayi dan memberitahu kepada ibu mereka. Ibu mereka terkejut menemukan gadis kecil terletak di antara anak-anak anjing. Bayi itu dibawa ke hospital dengan panas yang tinggi dan demam. Doktor berkata kemungkinan bayi itu, yang dipanggil Angel itu terlantar selama dua hari sebelum ditemukan.


Kes ini mendapat liputan luas media dan surat khabar Kenya mengatakan mereka menerima banyak tawaran dari orang yang ingin menjaga dia. Ramai juga anggota masyarakat menyumbangkan pakaian bayi dan lampin bayi.


Anjing itu di beri nama Mkombozi, atau Penyelamat, dan sedang dirawat pusat perlindingan haiwan Kenya.

Kejam! Anjing ini didera dengan diseret menggunakan motor

Anjing di ikat dengan tali dan di seret dengan motor...
Apakah yang ada di fikiran manusia ni?
Walaupun dia binatang tetapi janganlah dibuat begini.....

Gambar anak anjing mirip manusia

Perhatikan wajah anak anjing ini, rupanya mirip wajah manusia......



Lori ini yang aneh atau pemandunya yang gila?

Truck_driver_left_without_wheels_on_trailer2

Truck_driver_left_without_wheels_on_trailer3

Truck_driver_left_without_wheels_on_trailer4
MEMANG PELIK….MENGANIAYA ORANG KALAU TERBALIK..RASANYA MEMANG DRIVERNYA YANG GILA….

'Saya tidak akan letak jawatan' - Ong Kim Swee


KIM SWEE (tiga dari kiri) akan terus membimbing skuad Harimau Muda selagi mendapat kepercayaan FAM sehingga kontraknya tamat pada Mac tahun depan.


PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai jurulatih meskipun menerima desakan untuk berbuat demikian.

Ketika ini, segelintir pihak mengkritik prestasi hambar skuad bimbingan Kim Swee yang tewas kesemua tiga perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia.

Rentetan tiga kekalahan berturut-turut, terbaharu dijinakkan Bahrain 2-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas, secara realistiknya anak-anak buah Kim Swee kini tidak ubah sekadar mengharapkan ‘keajaiban’ jika berhasrat mahu menjejak bumi London apabila menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Menurut Kim Swee, beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya merasa tidak lagi mampu mengendalikan Harimau Muda sebelum kontraknya tamat pada Mac tahun depan.

“Tidak, saya tidak akan meletakkan jawatan. Saya hanya akan berhenti jika majikan tidak lagi merasakan saya layak untuk mengemudi Harimau Muda, selain tidak akan berundur selagi mempunyai keyakinan terhadap skuad saya,” tegasnya kepada Kosmo! semalam.

Harimau Muda akan kembali membuat perhitungan dengan Bahrain pada 5 Februari 2012 di gelanggang lawan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Aksi penutup tirai menentang Syria akan berlangsung di gelanggang berkecuali pada 14 Mac 2012.

Meskipun mengakui kesilapan gagal mengatasi Bahrain yang ‘tempang’ dengan 10 pemain, Kim Swee begitupun mahu semua pihak bersikap realistik mengenai perbezaan ketara kekuatan sebenar kedua-dua pasukan termasuk ‘musibah’ kecederaan yang menimpa pemainnya.

“Seminggu yang lepas, kami dijulang bagaikan wira apabila berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011, namun sekelip mata, kami dikecam habis-habisan seolah-olah pingat emas itu langsung tidak berharga.

“Bukannya kami tidak boleh dikritik, cuma kita haruslah lebih realistik. Lainlah kalau kami kalah dengan Laos dan Kemboja, itu barulah lain ceritanya,” katanya.

Yang pasti, keberanian Kim Swee mengambil alih ‘baton’ daripada Datuk K. Rajagobal yang berjaya menamatkan kemarau emas selama 20 tahun di temasya Sukan SEA di Vientianne, Laos dua tahun lalu sememangnya wajib dipuji.

“Tekanan sebagai jurulatih Harimau Muda hanya Tuhan sahaja yang tahu tetapi inilah hidup dan mati saya bagi menyahut cabaran kerana saya bukannya jenis orang yang hanya pandai memberikan alasan sebelum bertanding,” katanya.

Pada masa sama, Kim Swee tetap optimis dengan kredibiliti majoriti pemainnya yang masih muda dan mampu menyinar pada Sukan SEA 2013 di Myanmar serta Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

“Percaya atau tidak, hanya Khairul Fahmi Che Mat, Shukor Jusoh, Affize Faisal Mamat dan Mahali Jasuli sahaja yang tidak boleh beraksi di Sukan Asia 2014 kerana melebihi had usia, jadi skuad muda ini sewajarnya diberikan peluang dan bukannya dihentam habis-habisan hanya kerana tewas pada aksi kelayakan Olimpik,” katanya.

Selepas ‘dilenjan’ habis-habisan sejak temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta pertengahan November lalu, anak-anak buah Kim Swee kini akhirnya mendapat rehat yang secukupnya sebelum berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu bagi aksi perlawanan antarabangsa bersama tiga kelab elit di sana pada 10 Disember depan.

Mereka juga akan menyertai Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.

Gaji Didier Drogba RM595,605 seminggu


DROGBA dilaporkan tidak berpuas hati dengan sambungan kontrak yang ditawarkan Chelsea.


LONDON - Penyerang Chelsea, Didier Drogba dilaporkan telah bersedia untuk meninggalkan pasukan itu selepas menolak tawaran baharu skuad The Blues.

Pemain berusia 33 tahun yang memperoleh gaji £120,000 (RM595,605) seminggu itu difahamkan telah menolak tawaran selama setahun dan kini berada dalam tempoh terakhir bersama Chelsea.

Difahamkan, Drogba sudah bersedia untuk meninggalkan Stamford Bridge sebagai pemain bebas, sekali gus beraksi bersama kelab mewah Rusia atau Qatar.

Bagaimanapun, Thierno Seydi selaku ejen Drogba mendakwa: "Drogba telah ditawarkan kontrak selama setahun dengan Chelsea, namun tawaran itu tidak memadai bagi kami.

"Kelab Itali, AC Milan pernah meluahkan rasa minat untuk mendapatkan khidmat Drogba sebagai pemain pinjaman sekiranya gagal mendapatkan pemain itu secara kekal.

"Namun, saya menegaskan 'tidak' kerana tawaran itu tidak menarik perhatian kami.

"Pada peringkat umur Drogba sekarang, dia sudah tiada apa untuk dibuktikan sebagai pemain dan pemain itu akan beraksi untuk kelab yang menawarkan kontrak lumayan sahaja.

"Kemungkinan dia akan beraksi di Amerika Syarikat, Rusia, Qatar atau di mana-mana sahaja yang menawarkan kontrak lumayan kepada kami," ujarnya.

Drogba telah 'disunting' oleh bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho dari Marseille dengan melengkapkan perpindahan £24 juta (RM119 juta) pada tahun 2004.

Penyerang berasal dari Ivory Coast itu telah menjaring 146 gol sepanjang tempoh tujuh tahun beraksi bersama Chelsea. - Agensi

Aidil Zafuan intai gelaran hatrik


AIDIL ZAFUAN mengidam untuk merangkul Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini.


TONGGAK pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak berharap persembahan cemerlang pada musim ini mampu melayakkannya menjulang Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut menjelang majlis berprestij Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini.

Persembahan konsisten tonggak berusia 24 tahun itu tidak kira ketika mewakili pasukannya mahupun pasukan kebangsaan berjaya menggondol anugerah itu sejak 2009.

"Sejujurnya, saya rasa cukup bertuah dapat meraih anugerah ini sejak dua tahun lepas.

"Jika menang lagi tahun ini, ia memang cukup istimewa, tambahan pula saya sering dibelenggu kecederaan pada musim ini," katanya yang mula menyarung jersi Harimau Malaya sejak berusia 14 tahun.

"Saya harap saya telah melakukan yang terbaik untuk menerima anugerah tersebut tahun ini yang bagi saya bukan se- kadar anugerah biasa.

"Sebagai pemain, pengiktirafan ini benar-benar bermakna buat saya," katanya.

Bersama kembarnya Zaquan Adha, Aidil sebelum ini berjaya membantu Negeri Sembilan muncul juara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) pada 2004 sebelum menyertai pasukan senior Sang Rusa setahun kemudian.

Mereka juga berjaya muncul juara Liga Super pada tahun yang sama.

Selain mewakili Malaysia pada dua Kejohanan Remaja Asia, Aidil juga berjaya membantu pasukan negara muncul juara Pestabola Merdeka pada 2007 selain mewakili negara pada Piala Asia pada tahun yang sama.

"Saya harap majlis sebegini dapat diteruskan bagi menghargai pemain bola sepak profesional," katanya yang turut membantu Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia musim ini.

Untuk anugerah tahun ini, setiap calon dipilih menerusi undi kesemua jurulatih-jurulatih pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

Sementara itu, anugerah persatuan dan pasukan terbaik akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Majlis penganugerahan itu akan berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam hari ini.

Kekalahan kepada Bahrain, FAM dituduh terima rasuah

IMBAS kembali... Wajah-wajah kecewa para pemain Harimau Muda selepas tewas 2-3 kepada Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lalu.


KEKALAHAN 2-3 pasukan Harimau Muda kepada Bahrain dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia pada Ahad lepas ternyata mengecewakan banyak pihak.

Lebih kecewa, skuad negara yang mendahului dua gol menerusi ‘arkitek’ muda, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli terpaksa akur dengan kebangki- tan pasukan pelawat yang meledak tiga gol pada lewat permainan menerusi pe- nyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna.

Paling teruk, ‘malapetaka’ itu berlaku semasa Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ekoran daripada itu, timbul nada-nada ‘sumbang’ dari luar padang yang mempersoalkan integriti skuad kendalian Ong Kim Swee serta mengaitkannya dengan isu rasuah seperti mana yang pernah melanda arena bola sepak tempatan suatu ketika dahulu.

Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan negatif itu sambil memberitahu, kegagalan Harimau Muda itu kerana kurang bernasib baik.

Menurut beliau, mustahil pasukan yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA itu sanggup menjaja maruah dan menerima suapan.

“Apa semua ini? Desas-desus negatif ini ternyata membunuh semangat pasukan kita yang ketika ini di landasan yang betul bagi memartabatkan semula bola sepak tanah air.

“Sebenarnya, saya sudah lali dengan komen-komen negatif seperti ini. Ia bagaikan asam garam apabila menuduh pasukan negara yang bukan-bukan, rasuah, isu atur perlawanan dan banyak lagi isu negatif.

“Bagi saya, skuad negara yang beraksi cemerlang ketika menentang Bahrain sebenarnya kurang bernasib baik. Tambahan pula pasukan lawan memiliki senarai pemain gantian yang cukup bagus berbanding Harimau Muda yang banyak tercedera sejak temasya Sukan SEA,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Azzuddin memberitahu, penyokong juga harus lebih bersikap profesional dan tidak mudah menghentam atau melenting tidak kira sama ada pasukan negara menang atau tewas.

Ketika mengulas mengenai lanjutan kontrak Kim Swee yang akan tamat pada Mac tahun depan, beliau begitupun enggan mengulas lanjut atas alasan ia merupakan hal dalaman FAM.

“Tidak perlu hendak merujuk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) untuk siasat kekalahan kali ini, ia bukan faktor rasuah, sebaliknya hanya kita kurang bernasib baik,” tegasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali semasa dihubungi mengesahkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bagi menyiasat perkara tersebut.

“Jika ada laporan, kami akan segera siasat tetapi pada masa saya tidak menolak kemungkinan betapa ia sekadar spekulasi orang ramai yang kecewa dengan keputusan perlawanan itu,” katanya enggan mengulas lanjut.

Hebat! Pekerja bengkel cipta robot Transformers


HUANG LIANFEI menyiapkan robot seperti yang terdapat dalam kartun Transformers di sebuah bengkel pertukangan logam di Shenyang, China semalam.


SHENYANG, China - Seorang pekerja di sebuah bengkel pertukangan logam di sini, Huang Lianfei mencipta satu model robot berdasarkan salah satu watak dalam kartun Transformers.

Dia menggunakan beberapa komponen kenderaan yang terbuang untuk menghasilkan robot itu.

Lianfei telah mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan robot tersebut. - Reuters

Xiao Yun Sanggup Bogel Untuk Cari Sumbangan Korban Gempa

Seorang gadis China membuat sensasi berpose bogel di internet. Gadis berusia 19 tahun yang berstatus masih pelajar mengaku bernama Xiao Yun ini, menggambar tubuh moleknya dengan alasan untuk mencari dana bagi korban gempa yang terjadi di daerah asalnya di Provinsi Sichuan, China, beberapa waktu lalu.





Namun, aksi nekad Xiao Yun yang juga menyebut dirinya sebagai 'Little Cloud', menerima kecaman dari berbagai pihak di China. Dia memposting kurang lebih 100 foto dalam berbagai pose, baik mengenakan pakaian mahupun tanpa sehelai benang pun.

Dia mengatakan, dirinya berfoto bogel bukan demi mencari wangi atau popular, tapi agar boleh menarik perhatian orang-orang untuk memberikan sumbangan bagi daerahnya yang rosak teruk akibat gempa bumi.


Sumber: Detiknet.com

Lawa jugak bila lori sampah di ubah suai

Inilah rupa lori sampah bila dah di ubah suai menjadi
tempat tinggal...





Suami ancam sebar video seks isteri

NEW YORK - Seorang suami, David Gleen Rucker membuat ancaman untuk mendedahkan video seks isterinya, Lily Shang di Internet jika mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian harta perceraian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu berkahwin di Toronto, Kanada pada April tahun lalu namun Rucker memfailkan perceraian pada Oktober lalu.

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan di sebuah mahkamah di Manhattan di sini, Lily menyatakan suaminya enggan menyerahkan rakaman video itu atau memusnahkannya.

Menurut dokumen tersebut, suami Lily membuat ancaman itu jika dia tidak bersetuju dengan penyelesaian kewangan dalam pembahagian harta perceraian.

Rucker menyatakan dia akan membuat suntingan supaya pengguna Internet cuma dapat melihat aksi isterinya melakukan perlakuan seks. - Agensi

sumber : Kosmo

Betina ini boleh digilir oleh 14 jantan setiap hari

Tupai merah betina nampak begitu berghairah 'mengahwini' 14 tupai jantan setiap hari. Alasannya sangat sederhana, tupai merah jantan selalu bersedia untuk 'kahwin', bila-bila pun.

Berdasarkan penelitian di Royal Society Journal Biology Letters, perilaku dari tupai betina itu tidak ada hubungannya dengan gen. Sebelumnya mereka berfikir bahawa genetik telah mendorong tumpai betina untuk sering 'kahwin' tapi ini salah. Ketika muncul keinginan 'kahwin' oleh tupai merah jantan muncul, tupai merah betina tidak pernah menolak.

“Perilaku mereka sangat dipengaruhi oleh kesempatan,” ujar Eryn McFarlane, ilmuwan di University of Guelph. Meskipun menjadi jantan yang gemar melakukan hubungan seks seringkali dianggap sebagai keistimewaan, namun perilaku ini boleh menimbulkan kematian.

“Memiliki lebih banyak pasangan bererti lebih banyak mengeluarkan tenaga untuk 'kahwin', ini meningkatkan paparan bagi pemangsa, serta meningkatkan potensi penyebaran penyakit menular melalui seksual,” tegasnya.

Strategi perkahwinan yang optimal hanya terjadi jika unsur genetik ikut untuk menjaga agar kepentingan masing-masing individu terus berjalan. Bahkan, gen manusia telah berevolusi untuk membantu mengawall hormon dan faktor biokimia terkait keinginan seksual. Namun begitu tupai betina belum mampu berevolusi untuk mengatakan ‘tidak’ kepada pasangannya .

McFarlane dan pasukan penyelidikannya menemukan bahawa lebih banyak tupai jantan di suatu kawasan yang tertarik untuk 'kahwin', maka semakin banyak pula betina yang bersedia. “Tidak ada ikatan yang kuat antara perilaku kahwin dan genetik pada diri tupai merah. Ada indikasi bahawa perkembangan tingkat pergaulan mereka masih berjalan lambat.”

Anak Wayne Rooney 16 bulan mula latihan bolasepak

LONDON: Anak Wayne Rooney yang berusia 16 bulan akan memulakan latihan untuk menjadi bintang bola sepak di sebuah sekolah sukan berkenaan.

Bintang bola sepak Manchester United dan England itu dilapor mendaftarkan anaknya, Kai, di SocaTots, yang diharap dapat menjadikan kanak-kanak itu bintang seperti Ronladinho dan pemain Brazil lain yang bakat mereka dibentuk pada usia muda lagi.


Selain kemahiran bermain bola, sesi latihan juga bertujuan meningkatkan keseimbangan, menyerlaras dan interaksi sosial.


Wayne, 25, mengetahui mengenai kursus yang berlangsung di Cheshire itu dan tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan tempat bagi Kai.


Satu sumber berkata: “Wayne menggalakkan Kai membabitkan diri dalam bola sepak dan sudahpun membelikan kelengkapan pasukan Everton pertama untuknya di samping jersi United dan England.


“Dia menaruh harapan semoga Kai mewarisi kemahiran semula jadinya dalam sukan itu.” Kai sudah menyaksikan banyak perlawanan bola sepak. Ibunya, Coleen sentiasa membawanya ke Stadium Old Trafford untuk menonton perlawanan United. - The Sun

Inilah tugu tinggi yang dibina daripada rangka basikal...

Hebat gila lah !











Ayah tembak anaknya sendiri kerana adakan hubungan seks dengan adik tirinya

Seorang ayah dari Highland Park, Michigan, USA dituduh membunuh anaknya - yang merayu-rayu agar jangan dibunuh - setelah mengetahui bahawa anaknya itu telah melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya.

Jamar Pinkney Hero, 37, yang sangat marah setelah mendengar bahawa anak lelakinya yang berusia 15-tahun iaitu Jamar Pinkney Jr melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya yang berusia baru 3 tahun, menelanjanginya kemudian menggiringnya ke sebuah tanah kosong dan menembaknya hingga mati meskipun dirayu oleh anak lelaki itu dan ibunya, kata relatif.

Pihak berkuasa Michigan memfailkan dakwaan pembunuhan peringkat pertama terhadap Pinkney pada hari Rabu kerana menembak anaknya pada hari Isnin.

Peguam bela O'Meara Corbett berkata bahawa pihak pendakwa harus mempertimbangkan bukti daripada keadaan fikiran ayah itu setelah mengetahui tentang gangguan seksual tersebut.



"Ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani oleh semua pihak yang terlibat, termasuklah polis," kata ketua polis iaitu Ted Caldwell.

"Highland Park adalah sebuah bandar kecil. Mereka adalah orang-orang yang telah menjadi ahli masyarakat selama bertahun-tahun."

Penembakan terjadi pada Khamis malam di sebuah tanah kosong di bandar itu. Ibu kepada anak itu, Lazette Cherry, mengatakan kepada Detroit Free Press bahawa anak laki-lakinya mengatakan ia sudah melakukan hubungan seksual yang salah dengan budak perempuan itu.