Wednesday 28 September 2011

Seorang Bapa Mengurung Anaknya Selama 2 Bulan Gara-gara Mencuri Ayam

 Seorang Bapa Mengurung Anaknya Selama 2 Bulan Gara gara Mencuri AyamSeorang warga Kanada mengurung anaknya yang berusia 21 tahun di dalam kotak kayu selama lapan minggu.

Selama dua bulan, Johan melakukan semua kegiatan di dalam kotak berukuran 1,8X2,7 meter itu. Dia boleh berkomunikasi dengan orang luar melalui lubang kecil.

David Knelsen, seorang penganut Kristian Mennonite yang tinggal di Bolivia, mengatakan, Johan anaknya patut dihukum kerana mencuri tiga ekor ayam.

Johan langsung membantahnya. “Saya pergi, dan ketika pulang mereka marah. Beberapa orang mengikat saya lalu memasukkan saya ke dalam kota ini lapan minggu lalu,” katanya kepada akhbar tempatan.

Polis datang ke rumah keluarga Knelsen setelah mendapat maklumat tentang pengurungan itu pada Khamis (16/6/2011). Mereka memaksa Knelsen mengeluarkan anaknya . Beberapa media tempatan melaporkan Johan juga dihukum kerana menggunakan handset.

Begitu kotak itu dibuka dan Johan keluar dari dalamnya, terlihat beberapa botol berisi cairan berwarna kekuningan dan dua buah bantal. Menurut Johan, botol itu berisi air kencing.

“Saya makan dan tidur di sini. Melakukan semuanya di sini. Makan dan minum, dan mandi di sini,” kata Johan.

Pendakwa setempat, Ever Merida, cukup geram setelah mengetahui kes itu. “Menyiksa anak secara fizik dan mental merupakan pelanggaran undang-undang Bolivia,” kata Merida.

No comments:

Post a Comment