Friday 30 September 2011

Angkara permainan game Ibu sanggup bunuh anak

Angkara permainan game, seorang ibu di Korea Selatan naik minyak hingga sangup membunuh anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun.

Kim, ibu kepada dua orang anak ini, bermain permainan game online selama 10 jam setiap hari. Berdasarkan laporan dari jiran tetangganya, Kim membiarkan dua orang anaknya menangis berjam-jam, sementara dia asyik bermain game tanpa ambil tahu apa yang berlaku.

Sydney Morning Herald memberitahu,pihak polis wilayah Cheonan, Korea Selatan yang berhadapan dengan kes ini menyebut Kim memukul anak sulungnya lalu mencekiknya hingga tak bernyawa kerana geram apabila mendapati anaknya tak berhenti menangis.

“Dia mengatakan dirinya hampir gila kerana begitu penat setelah bermain game,” ujar salah seorang pegawai polis.

Pegawai polis itu menambah, Kim terlalu gila bermain permainan kad dan merawat haiwan virtual. Wanita berusia 27 tahun ini didapati mengalami masalah ketagih bermain game dan tidak pernah punya masalah gangguan jiwa sebelumnya.

Bulan lalu, seorang remaja berusia 15 tahun telah membunuh diri setelah membunuh ibunya. Motif pembunuhan dilakukan kerana remaja tersebut geram pada ibunya yang kerap memarahinya jika asyik bermain game.

Dan Februari lalu, seorang pria 32 tahun meninggal dunia kerana kepenatan bermain game. Pria tersebut bermain game selama lima hari tanpa berehat dan melupakan keperluan hidup seorang manusia seperti makan dan minum.

No comments:

Post a Comment