Sunday 18 September 2011

Pemain segan nak bergambar kerana pasukan kalah 55-0





PENJAGA gol Madron FC, Gavin Hall mengambil bola yang masuk ke dalam gawangnya dalam satu perlawanan baru-baru ini.


LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.


Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - kosmo online

No comments:

Post a Comment