Sunday 18 September 2011

Dah cedera teruk pun masih kurang ajar




Google Street View yang mempamerkan foto di beberapa lokasi dunia bikin sensasi lagi. Kini foto seorang mangsa kemalangan yang mengacukan jari tengah ke ambulans.

Mengacukan jari tengah merupakan tradisi tidak sopan di Amerika Syarikat kerana melecehkan pihak lain. Seorang lelaki tidak dikenal yang berlumuran darah tertangkap kamera Google Street View yang berada di sekitar lokasi Birmingham, England.

Gambar yang nampak kabur itu diambil sekitar jalan St. Margaret, area Ward End. Lelaki berkepala botak itu nampak berbaring di tandu dengan darah berlumuran yang nampak jelas di bahagian belakang kepala.

Dua petugas polis dilihat sedang mengambil pernyataan dari lelaki itu, sementara pekerja ambulans mengubati luka-lukanya.

Google Street View memang menjadi kontroversi di masyarakat kerana dianggap melanggar privasi individu serta berisiko terhadap keamanan rumah. Beberapa negara menyerang layanan yang muncul sejak 2008 ini.

Seorang lelaki yang sedang buang air kecil di kebun, pasangan yang keluar dari kedai seksual dan pasangan remaja yang tertangkap kamera sedang berciuman sering muncul di Google Street View. [vin]

No comments:

Post a Comment