Friday 9 September 2011

Natasya mohon tempat tinggal sementara

KANGAR: Pondan glamor, Natasya Farisya, 28, semalam mendapatkan kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dalam usahanya mengubah penampilan diri untuk menjadi lelaki sebenar.


Dia hadir di pejabat JKM di sini, kira-kira jam 9 pagi bagi bermohon bantuan tempat tinggal sementara selepas mengambil keputusan untuk berpindah dari Taman Seri Bakau, di sini, ke tempat baru yang lebih selesa.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, mengesahkan Natasya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, hadir seorang diri untuk mendapatkan bantuan JKM, terutama tempat tinggal.




Beliau berkata, Natasya mendakwa tidak sanggup menetap di rumah sewanya di Taman Seri Bakau, di sini atau kembali kepada keluarga angkatnya di Felda Rimba Emas, Padang Besar, kerana bimbang menjadi bahan cemuhan jiran.

“Dia hadir berpakaian lengkap sebagai seorang lelaki dan kami bersimpati dengan dia sebelum menghulurkan bantuan bagi membantunya mengubah penampilan diri sebagai seorang lelaki sebenar,” katanya.

No comments:

Post a Comment