Saturday 10 September 2011

Lelaki tertelan gunting lipat selamat



Kejadian tertelan duit ,guli atau barang kecil adalah biasa bagi kanak-kanak.Tetapi kalau tertelan gunting bagaimana? Bukan budak tetapi seorang pemuda yang berusia 27 tahun telah tertelan gunting yang berukuran 4in (10 cm).

Kong Lin telah meminjam gunting itu daripada kawannya untuk mencungkil gigi setelah makan tetapi akibat ada dianatara kawannya ynag berbuat lucu ,dia pun ikut ketawa dan tanpa disedarinya gunting itu terlepas dan masuk kekerongkongnya.

Pada awalnya Lin berhasil batuk dan dapat mengeluarkan sedikit bahagian gunting itu.Namun tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya,dia pun dibawa ke hospital di Putian China.

Menurut doktor yang merawatnya Lin kelihatan pucat dan darah sudah bercampur dengan ludahnya dan melalui pemeriksaan x-ray gunting sudah masuk kaedalam kerongkongnya.

Pembedahan itu mengambil masa sehingga 30 minit dan gunting itu berjaya di keluarkan.Dia bernasib baik kerana tidak menglami luka yang teruk di bahagian kerongkongnya.

No comments:

Post a Comment