Thursday 15 September 2011

Ibu kanak-kanak bersisik takut nak mengandung lagi


TRIBUNNEWS.COM, MAKASSAR – Ibu kanak-kanak bersisik di Makassar iaitu Rohana trauma melahirkan. Ia tak mahu melahirkan, kerana khuatir seperti anaknya, Jasriana.

“Saya tak mahu lagi melahirkan. Takut  kalau begini lagi nanti anakku. Saya tidak tahu bila dia ini boleh sembuh,” ujar Rohana (31) kepada Tribun,

Rohana mengaku tertekan akibat kelainan yang dialami anak . Hampir seluruh tabungan dan barang berharga telah dijual demi buah hatinya.

Minggu (13/3/2011) rumah Rohana dikunjungi orang ramai. Ini kerana sejumlah wartawan media cetak dan media elektronik datang untuk meliput kelainan yang dialami kanak-kanak  akrab yang dipanggil Acce itu. W

Acce pun tampak riang setelah dirinya difoto dan diminta menyanyikan sejumlah lagu. Namun dirinya belum mengerti alasan difoto dan wartawan datang ke rumahnya.

Kelainan yang dialami Acce ini disebut lamellar ichthyosis. Kulitnya mengelupas, bentuknya seperti sisik ikan. Tak hanya itu kelopak mataanak  ini juga mengalami kelainan.

Matanya sulit berkedip. Kulit kepalanya juga mengelupas, rambutnya tipis, dan daun telinganya hampir tidak ada. Matanya pun tidak bisa terkena air kerana akan merasa kesakitan.

“Biasanya kalau tidak ada lihat-dia akan menggaru kulitnya. Baru berhenti kalau berdarah. Saya lihat kalau kulitnya yang terkelupas itu dibuka, ada lagi. Tidak berhenti bersisik,” keluhnya dan diiyakan suaminya, Sahril (32).

Berbagai jenis obat diberikan Jasriana namun tak ada perubahan apapun pada kelainannya itu. Doktor spesialis kulit dan kelamin, dr A Sastri Zainuddin kepada Tribun mengatakan bahawa yang dialami Acce ini bukanlah suatu penyakit melainkan kelainan genetik sehingga tidak boleh disembuhkan, hanya boleh dilakukan operasi untuk membuka kupasan kulit.

Untuk operasi kulit, kedua orangtua Acce tidak memiliki biaya. Mereka hanya bisa berharap ada dermawan yang mahu menolong anaknya ini.

No comments:

Post a Comment