Saturday 3 September 2011

Aaron Aziz Bakal Menjayakan Filem Hollywood, Prince of the City


Sebelum ini Aaron Aziz berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah selama dua minggu dalam bulan puasa ini, katanya untuk beribadah dengan tenang dan tiada gangguan daripada tawaran berlakon yang bertubi-tubi kerana seperti yang kita ketahui, Aaron Aziz merupakan pelakon top di Malaysia yang menjadi kegilaan ramai gadis walaupun sudah berkeluarga.
Katanya sebelum pergi menunaikan ibadah umrah, sebesar mana pun tawaran lakonan beliau akan menolaknya ketika bulan puasa ini kerana untuk menjalankan ibadah dengan selesa. Namun begitu setibanya beliau di Malaysia beliau tidak mampu lagi untuk menolak tawaran lakonan dari filem inggeris iaitu ‘Prince Of the City’ yang digandingkan dengan pelakon Hollywood Michael Madsen.
Watak Aaron Aziz dalam filem tersebut sebagai pembunuh upahan yang bekerja dengan Michael Madsen. Pengrah filem tersebut dikatakan menunggu kepulangkan Aaron Aziz beberapa minggu untuk menawarkan watak tersebut.
Memang saya langsung tak buka komputer atau layankan telefon semasa di Makkah,’ kata Aaron yang mengakui sudah memberi persetujuan secara lisan untuk menjayakan filem tersebut.

No comments:

Post a Comment