Saturday 3 September 2011

Erin Malek Jawab Isu Tindik Lidah Dan Bertatu


Baru-baru ini kami telah mengeluarkan berita mengenai Erin Malek mengaku tindik lidah dan bertatu yang telah menjadi kontroversi bagi hidup beliau apabila dilabel sebegitu selepas mengaku bertindik di lidah.
Beliau menjawab mengenai hal tersebut di pelancaran program raya TV3 dan TV9 di One utama baru-baru ini. beliau menafikan bahawa beliau sangat bersosial seperti yang dikatakan oleh TV9 dalam rancangan Galaksi tersebut, tetapi beliau mengaku bahawa bertindik.
Beliau mengaku bersalah kerana bertindik di lidah kerana mungkin akan menjadi ikutan anak muda masa kini yang mengikut gaya artis. Walaubagaimanapun beliau menafikan yang beliau bukan jenis sosial seperti yang dikatakan oleh pihak Galaksi. Beliau juga mengatakan sifatnya yang ‘rebel’ ini merupakan sifat sementara sahaja apabila mempunyai masalah beliau akan memberontak sama seperti sesetengah remaja-remaja lain dan menganggap ini adalah normal.
Berkenaan dengan tatu pula beliau sememangnya mempunyai tatu di bahagian belakang, tetapi ianya tatu jenis yang boleh dihilangkan dan bukan jenis kekal.
“Ada orang cakap I jadi macam ni kerana bapa I kahwin lain, ada yang mendakwa I jenis sosial, bermacam lagi yang dilemparkan kepada I. I mengaku buat salah kerana bertindik di lidah,  I mengaku adakalanya diri ini memang nakal, suka memberontak dan sebagainya. Tetapi, I bukan jenis sosial.

No comments:

Post a Comment