Saturday 3 September 2011

Suami Buat Gitar Raksasa Dari 7000 Pohon Cemara Sebagai Peringati Isterinya

Pedro Martin Ureta, seorang petani Argentina, melakukan hal luar biasa untuk mengenang isterinya yang telah meninggal. Menggunakan 7000 pohon cemara dan pohon eucalyptus, Pedro membuat bentuk gitar raksasa di lahan pertanian miliknya. Bentuk gitar tersebut akan terlihat dari atas.Pedro (70) mengaplikasikan reka bentuk gitar raksasa tersebut ke ladang pertanian sejak bertahun-tahun yang lalu, dan memeliharanya demi menghormati isterinya, Graciela Yraizoz, yang meninggal pada tahun 1977 apabila berumur 25 tahun.


Idea membentuk gitar raksasa di lladang miliknya berasal dari isterinya, yang ketika terbang melintasi suatu dataran rendah melihat sebuah ladang yang baginya kelihatan seperti baldi perah susu lembu. Saat itulah terlintas idea di benak Graciela untuk melakar ladang pertanian mereka menjadi bentuk sebuah gitar, instrumen muzik yang sangat disukai Graciela. Namun Pedro terlalu sibuk sehingga tidak jua mewujudkan idea isterinya. Sampai akhirnya Graciela meninggal pada tahun 1977 ketika mengandung anak ke-lima mereka.


Pedro menyesal bagaimana ia tidak mendengar idea gitar Graciela. Sampai beberapa tahun kemudian ia memutuskan untuk memenuhi impian mendiang isterinya itu. Pada awalnya, Pedro mengajak beberapa pemilik lahan, namun tak satu pun dari mereka tertarik, sampai akhirnya dirinya harus melakukannya sendiri. "Anda hanya perlu meletakkan sebuah gitar di depan anda dan mula melakukan pengukuran dan mempelajari bentuknya", kata Pedro. Namun pada kenyataannya diperlukan bantuan keluarganya untuk melakukannya. Pedro dibantu oleh anak-anaknya saat menanam pokok-pokok tersebut.


Pedro Martin Ureta dan anaknya, EzequielSebahagian besar gitar tersebut, termasuk badan dan lubang berbentuk bintang direka menggunakan pohon cemara, dan untuk tali, Pedro menggunakan pokok eucalyptus yang berwarna kebiruan. Tapi penanaman dan memastikan pertumbuhannya lebih sukar daripada sekadar menanam di tempat yang tepat. Kelinci dan binatang-binatang lain merosakkan lahan itu, dan Pedro hampir saja menyerah ketika ia mendapat idea cemerlang untuk menggunakan besi tua dan menempatkannya sebagai pagar pelindung pokok-pokok yang masih muda.

Pedro menyaksikan pertumbuhan pokok-pokok yang membentuk gitar raksasa bersamaan dengan pertumbuhan anak-anaknya. Tapi percayakah anda bahawa Pedro belum pernah melihat karyanya yang luar biasa ini dari langit, kecuali di gambar. Hal ini kerana dirinya takut terbang
.


No comments:

Post a Comment