Monday 12 September 2011

Siapakah Yang Mencipta Mancis?


Orang zaman dulu mengunakan batu yang diasah untuk mendapatkan api. Tetapi dengan adanya mancis, sebuah teknologi yang tidak memerlukan kita untuk terkial-kial lagi mengasah batu. Hanya goreskan batang mancis pada kertas pasir...dan api pun muncullah. Senang bukan?

Bila kita melihat mancis, memang nampak simple saja...Tetapi tahukah kita siapa orang pertama yang mencipta mancis? Orang cina? Orang India? O.....rang Melayu?

Tidak.

Bukan ketiga-tiga bangsa di atas. Tetapi ada 3 pendapat:

1) Seorang berbangsa Jerman yang bernama Ludwig Kamerer
  • Beliau merupakan seorang tahanan politik yang dipenjarakan di dalam sebuah sel gelap bawah tanah di Istana Hohenasperg berdekatan Karlsruhe, Jerman.
  • Sepanjang kurungannya, beliau dikatakan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sngaja mendapati geseran posporus dengan sulfur boleh menghasilkan api.
  • Tidak diketahui bila tarikh yang tepat
2) Seorang berbangsa Hungary bernama Janos Irinyi
  • Dia dikatakan menjual hasil ciptaannya dengan harga yang murah
  • Kemudian membuka sendiri kilang mancis tetapi meninggal dunia pada 1895 dalam keadaan papa kedana.
3) Seorang yang berasal dari England bernama John Walker
  • Dipercayai orang pertama yang mencipta mancis batang seperti yang ada sekarang
  • Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimia yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang mancis itu di kedainya pada 7 April 1827.

Wallahualam..
.

No comments:

Post a Comment