Thursday 8 September 2011

Penganggur Hidup Mewah Miliki Wang Lebih Dari RM100,000



ROSLEE (kiri) menunjukkan sebahagian dokumen palsu yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Lagak seorang penganggur yang sentiasa hidup mewah termasuk menginap di hotel lima bintang dan melancong dengan menaiki pesawat sejak setahun lalu terbongkar apabila dia didapati menggunakan kad kredit palsu untuk menampung gaya hidupnya itu.
Bukan itu sahaja, lelaki berusia 48 tahun itu turut memalsukan kad pengenalan, lesen memandu, cukai jalan serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk dijual secara haram. Bagaimanapun, polis masih menyiasat harga bagi setiap barang yang dijual suspek.
Difahamkan, polis membuat intipan dan risikan selama tiga bulan sebelum dapat menahan suspek pada pukul 12.30 tengah hari 5 September lalu di rumah sewanya di Jelutong dekat sini selepas menerima aduan daripada bank mengatakan mereka kerugian RM98,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, modus operandi suspek ialah menggunakan kad kredit palsu bernilai sehingga RM50,000 untuk membeli jam tangan mewah, barang kemas sebelum dijual.
Katanya, selain itu, suspek yang merupakan penagih tegar turut menggunakan kad kredit palsu untuk menginap di hotel lima bintang di ibu negara selain menempah tiket kapal terbang untuk melancong ke beberapa destinasi.

No comments:

Post a Comment