Monday 12 September 2011

Lady Gaga Protes Penyuntingan Liriknya Di Malaysia

 Penyanyi kontroversi Lady Gaga dilaporkan tidak berpuas hati setelah lirik lagunya iaitu Born This Way yang memartabatkan kehidupan homoseksual ditapis untuk penyiaran di Malaysia.


Menurut laporan Stesen Penyiaran British (BBC), stesen-stesen radio di Malaysia terpaksa menyiarkan versi lagu tersebut yang sudah disunting bagi mengelakkan kemungkinan berdepan tindakan daripada pihak berwajib.

Mengulas perkara itu di ibu pejabat Google di California, Gaga berkata: "Adalah menjadi tanggungjawab peminat-peminat muda di Malaysia untuk menyuarakan hak bersuara mereka.

"Anda (peminat) harus melakukan apa yang dirasakan wajar untuk menegakkan hak kebebasan sebagai anggota masyarakat.

"Anda perlu bersuara dan tidak boleh mengalah begitu sahaja. Anda harus melakukan protes secara aman dan baik," katanya seperti dilaporkan portal newkerala.com.

Lirik lagu itu yang mencetuskan kontroversi itu berbunyi:
'No matter gay, straight or bi, 
lesbian trans gendered life, 
you were born this way.' 

(Tidak kiralah sama ada gay, insan normal atau biseksual, lesbian atau kehidupan mak nyah, anda dilahirkan seperti itu).

No comments:

Post a Comment