Friday 9 September 2011

Kakak Penggal Kepala Adik Sendiri Depan Polis

Ketika polis memecah pintu untuk masuk, semuanya sudah terlambat. Kerby Revelus sedang memegang adik perempuannya berusia lima tahun, Bianca. Ketika polis berhasil memasuki ruangan, Kerby menghayunkan pisau dapur dan memenggal leher adiknya.




"Berat sekali membayangkan kejadian mengerikan itu," kata Ketua Polis Milton, Massachusetts, Richard G Wells Jr.


Polis tiba setelah menerima telefon 911 dari saudara kandung Kerby, Samantha (17). Samantha pun mengalami beberapa luka akibat sayatan senjata tajam dan akhirnya meninggal dunia.




 Samantha masih sempat mengatakan bahawa kakaknya, Kerby (23), menyerang adik perempuannya dengan pisau. Ketika dia tidak mampu lagi bercakap, wanita itu menyerahkan telefon kepada adik perempuannya yang lain, Sarafina Revelus (9).


Ketika kejadian, nenek mereka itu sedang mencuci di tingkat bawah dan tidak menyedari apa sedang terjadi di ltingkati atas. Ibu mereka, Regina Revelus, sedang bekerja dan  ayah mereka Vronze Revelus, tidak ada di rumah.


Ketika polis mengepung rumah itu dan memasuki setiap bilik, Kerby berlari ke bilik tidur di mana Samantha tak sedari dirinya. Kerby kemudian mulai menyerang Sarafina dengan pisau, memaksa polis menembak mati Kerby . Dua jenazah saudara kandung dan penyerangnya dimakamkan bersama. Sarafina Revelus pulang ke rumah setelah menjalani pembedahan.


Wells menjelaskan, ini bukan pertama kali polis datang rumah keluarga itu setelah menerima telefon adanya kekerasan. Pada September 2004, Kerby Revelus ditangkap kerana memukul wajah salah satu adik perempuannya kerana berebut wang. The Boston Herald melaporkan saudara yang dipukul itu bernama Jessica Revelus. Ketika kejadian, Jessica tidak berada di rumah
.

No comments:

Post a Comment