Sunday 25 September 2011

Isteri merantai tangan suami selama 50 tahun


KALYANI DAS (kiri) merantai tangan suaminya pada tingkap sebuah kereta api semasa dia dalam perjalanan ke Kolkata dari kampung Mallickpur, India baru-baru ini.
NEW DELHI – Seorang isteri, Kalyani Das bertindak untuk merantai tangan suaminya yang telah dikahwininya selama 50 tahun.
Das yang berusia 60 tahun akan merantai tangan suaminya yang sakit mental itu, Pachugopal yang berumur 65 tahun.
Menurut wanita itu, suaminya mengalami masalah sakit mental kerana masalah keluarga yang dihadapinya kira-kira tujuh tahun lalu.
Kalyani bekerja di sebuah warung tepi jalan dengan memperoleh pendapatan AS$1.05 (RM3.31) sehari.
Menurutnya, dia berharap suaminya akan meninggal dunia bagi membolehkan penderitaannya hidup bersamanya berakhir.
Dia berkahwin semasa umurnya 10 tahun.
Kalyani akan merantai tangan suaminya yang dibawa pergi ke tempat kerjanya bagi mengelak dia melarikan diri dan menderanya semasa dia sedang bekerja.
Kaki Pachugopal juga dirantai di tepi sebuah bangunan semasa isterinya sedang bekerja.
Dia merantai tangan suaminya pada tingkap semasa mereka menaiki sebuah kereta api dari kampung Mallickpur ke tempat kerjanya di Kolkata. – Reuters

No comments:

Post a Comment