Sunday 25 September 2011

Gempak, cara kreatif seludup dadah


SHAH ALAM - Seimbas pandang, ia memang barang cenderamata berbentuk kepala harimau yang halus buatannya.

Namun tidak disangka, selepas diperiksa berkali-kali, replika kepala harimau belang itu rupa-rupanya diperbuat menggunakan 8.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu.

Hampir 100 peratus replika cenderamata itu diperbuat dengan syabu yang menggunakan acuan berbentuk kepala harimau sebelum ia diwarnakan.

Demikian rahsia cenderamata yang dibawa seorang warga Iran berusia 26 tahun yang ditahan pada pukul 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin.

Sebelum ditahan lelaki itu yang masuk sebagai pelancong berlepas dari Doha, Qatar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, replika kepala harimau itu dibawa oleh suspek dengan memasukkannya ke dalam sebuah kotak.

"Apabila tiba di balai ketibaan, polis curiga melihat replika berbentuk kepala harimau di dalam kotak tersebut yang kononnya mahu dijadikan sebagai hadiah.

"Setelah diteliti beberapa kali, replika kepala harimau tersebut kemudian didapati bukan sekadar replika sebaliknya ia diperbuat daripada syabu bagi mengaburi pihak berkuasa," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di sini semalam.

sumber : kosmo online

No comments:

Post a Comment