Friday 16 September 2011

Dipenjara 1874 Tahun Kerana Merogol




Seorang lelaki di Taiwan dikenakan hukuman penjara selama 1 874 tahun penjara kerana didapati bersalah merogol anaknya sebanyak 268 kali sejak anaknya itu berusia 8 tahun seperti yang disiarkan dalam china.org.cn.


Menurut keterangan, lelaki sial ini merogol anaknya yang kini berusia 15 tahun hampir setiap minggu sejak dia berusia 8 tahun. Berdasarkan peruntukan undang-undang di Taiwan, seorang lelaki boleh dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun 2 bulan bagi kesalahan merogol remaja di bawah usia 14 tahun. Bagi kesalahan merogol remaja berusia 15 tahun ke atas pula, hukuman yang dikenakan ialah penjara 3 tahun 4 bulan.


Biarpun dikenakan hukuman melebihi seribu tahun, namun mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman ini memaklumkan bahawa lelaki itu hanya perlu menjalani hukuman selama 9 tahun 8 bulan selepas anak perempuannya itu memohon mahkamah meringankan hukuman yang dikenakan terhadap bapa durjananya itu.


Menurut laporan akhbar, lelaki itu telah bercerai dengan isterinya dan tinggal bersama-sama dengan anaknya di selatan Taiwan. Dia mula merogol anaknya pada tahun 1997 ketika berada dalam keadaan mabuk. Selepas bertahun-tahun menyembunyikan perlakuan rakus bapanya, si anak akhirnya mendedahkan hal itu kepada ibunya
.

No comments:

Post a Comment