Sunday 11 September 2011

Dato Siti Nurhaliza Duet Dengan Pit Bull dan Alicia Keys ?


KL, 9 SEPTEMBER 2011: Walaupun Murai Batu terbaca bahawa pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza terpaksa ditangguhkan kerana masalah dengan penyanyi antarabangsa Sean Kingston, tapi lebih dari itu penyanyi tersohor kita ini menyembunyikan sesuatu.

Puas juga Murai Batu mengorek apakah jenis masalah yang dihadapi Dato Siti dengan penyanyi Fire Burning itu dan akhirnya Murai Batu dapat tahu masalah yang mereka alami ialah soal bayaran.

Opss... nanti dulu. Bukannya Siti Nurhaliza tidak mampu membayar Sean Kingston, tapi masalah itu nampaknya lebih datang daripada pihak penyanyi hip-hop itu sendiri. Maklum sajalah bukannya senang berurusan dengan artis barat sehebat Sean Kingston. Banyak 'cekadaknyer'.

Apapun Murai Batu doakan agar Dato Siti dapat menyelesaikan masalah ini sebelum pelancaran album inggeris All Your Love yang dijangkan akan diadakan pada 25 September ini.

Jangan mudah putus asa Dato Siti, kami sentiasa menyokong anda dari belakang.

Well, I am pretty sure Dato Siti could find the best solution. Ceh wah, speaking London nampaknya Murai Batu. Poyo lah?

Janganlah macam tu, Murai Batu sebenarnya nak juga berlatih berbahasa Inggeris kerana nampaknya Dato Siti Nurhaliza memang serius melahirkan album Inggeris ini. Lebih serius lagi apabila Murai Batu dapat tahu ada dua orang lagi nama besar dalam albumnya ini.

Jangan sangka hanya Mizz Nina saja yang telah berjaya menjalin kerjasama dengan Flo Rida tapi nampaknya Siti Nurhaliza juga telah berjaya mendapatkan Pitbull dan Alicia Keys untuk merealisasikan albumnya ini.

Wow! Itu saja yang boleh Murai Batu ungkapkan. Dato Siti Nurhaliza you are awesome.

Khabarnya, Siti sengaja menyembunyikan kerjasama ini dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan dua nama besar berkenaan. Tak sabar rasanya Murai Batu nak dapatkan album dan mendengar sendiri nyanyian Siti dengan dua penyanyi hebat itu.

Daripada sedikit kaji selidik yang Murai Batu buat, bukannya murah untuk mendapatkan nama-nama besar ini. Kalau tak silap Murai Batu boleh mencecah USD100,000 atau RM299,000 untuk satu lagu. Itu tidak masuk lagi nilai untuk artis antarabangsa berkenaan tampil dalam klip video. Lain pula harganya.

Bayangkan, berapa agaknya jumlah Ringgit Malaysia yang telah Dato Siti gunakan semata-mata untuk memperhebatkan album Inggerisnya ini?

Jawapan untuk persoalan ini, akan Murai Batu dapatkan daripada salah serang wartawan portal murai.com.my yang akan hadir ke majlis pelancaran album Inggeris Dato Siti Nurhaliza pada 25 September ini, ok. - 

Sumber : murai.com.my

No comments:

Post a Comment