Monday 12 September 2011

Bayi yang di culik ditemukan semula setelah 23 Tahun


 Mungkin ini yang disebut keajaiban! . Seorang perempuan 23 tahun yang diculik dari sebuah hospital ketika masih bayi kembali kepada orangtuanya setelah dia curiga tentang perempuan yang membesarkan dirinya.

Carlina White, baru berusia 19 hari ketika dia diculik dari Harlem Hospital pada 4 Ogos 1987 oleh seorang perempuan yang menyamar sebagai jururawat. Dia kini mulai terbiasa dengan kehidupan barunya. "Saya sangat bahagia, tetapi pada saat yang sama ada perasaan aneh kerana segala sesuatunya baru. Ini seperti dilahirkan kembali," katanya .

Seorang pengguna dadah Pettway telah membesarkan White,  di Bridgeport, Connecticut, sekitar dua jam dari New York. Pettway sekarang ditahan FBI berkait dengan kes penculikan itu. White, yang dibesarkan dengan nama Nedra Nance, mengatakan kepada keluarganya bahawa dirinya sering dipukuli ketika masih kanak-kanak. Ketika remaja, dia mula curiga dengan "ibu"-nya, terutama ketika si "ibu" menolak untuk menyerahkan sijil kelahiran ketika dia ingin mendapatkan surat izin mengemudi.

 Pettway akhirnya mengaku bahawa dia bukan ibu kandung White. Akan tetapi, dia menceritakan kisah yang bertentangan, termasuk bahawa ibu kandungnya seorang penagih dadah dan telah meninggal dunia kerana AIDS. White, menurut Pettway, telah diserahkan ibunya kepadanya.

"Saya selalu mencari hal-hal yang menjadi kesamaan kami, tapi saya tak punya persamaan dengan dia," kata White. Dia menambah, dirinya akhirnya menyedari bahawa dia tidak punya kemiripan fizik dengan Pettway.

Setelah pindah ke Atlanta bersama anaknya yang berusia enam tahun, Disember lalu White menelefon National Centre for Missing and Exploited Children ) dan mengatakan, "Saya merasa sepertinya saya tidak tahu siapa saya."

Para penyelidik, yang akrab dengan kes terpanjang yang belum terpecahkan di daftar mereka, menunjukkan foto-foto White sebelum diculik, kemudian disesuaikan dengan foto-foto diri White ketika masih bayi, yang diambil oleh "keluarga"-nya.

Ibu kandungnya, Joy White, yang meletakkan gambar anakya di almarinya, dihubungi pada 5 Januari. Joy yang baru berusia 16 tahun ketika anaknya  dilahirkan diberi khabar yang gembira bahawa bayinya masih hidup.  "Saya langsung tahu itu adalah dia. Saya sedang bekerja ketika itu. Saya menjerit dan menangis, lalu lari ke lantai bawah." Sebuah ujian DNA smengatakan bahawa Carlina White adalah putrinya.

Joy White mengatakan tentang penculik anaknya, "Saya ingin dia menderita. Saya ingin dia merasakan penderitaan sebagaimana yang saya alami selama 23 tahun." 

No comments:

Post a Comment