Monday 13 February 2012

Lelaki potong kemaluan teman lelaki anaknya yang berusia 57 tahun

Seorang ayah yang marah kerana tidak setuju anak remajanya berkasihan dengan seorang lelaki tua telah pergi kerumah teman lelaki anaknya lalu memotong kemaluannya dengan pisau roti.

Helmut Seifert (47), seorang etnik Jerman yang berasal dari Russia. Dia sangat marah ketika mendengar bahawa anak perempuannya yang masih berumur 17 tahun memiliki hubungan asmara dengan Phillip Genscher yang sudah berumur 57 tahun. Dia melapor ke polis di kota Bielefeld, tempat dia tinggal, tetapi polis mengatakan mereka tidak boleh ikut campur. Seifert bertambah kesal dengan kenyataan polis itu. Dia memutuskan untuk "menyelesaikan" sendiri persoalan itu.Mangsa yang nyaris mati akibat pendarahan berjaya memanggil polis. Nyawanya teselamat.

Seifert mengaku bersalah dan akan diadili tahun depan kerana cubaan membunuhan.Dia memberitahu kepada polis, "Saya menerima panggilan telefon bahawa anak saya terlibat asmara dengan seorang lelaki yang usianya 40 tahun lebih tua dari dia. Kamu polis berkata tidak boleh menghentikannya, jadi saya lakukan sendiri. Saya lihat itu merupakan tugas saya sebagai seorang ayah."

No comments:

Post a Comment