Sunday 26 February 2012

Pelik, ada tuala wanita dalam peket minyak masak

Minyak masak tuala wanita

JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.

Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.

2 comments:

  1. proses pemeringkatan dan penapisan minyak guna tuala wanita

    ReplyDelete
  2. dh gune ataw belum yer...wakkakaa

    ReplyDelete