Wednesday 29 February 2012

Pasangan kekasih dibelasah, dipaksa bogel dan kemudian dirakam



[kosmo] DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.

Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.

Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan

1 comment:

  1. x usah percaya la cerite dlm blog ni..smua taktik nk bg laku org bace je.. duit nye pasal sanggup blasah mcm2 crite..ape da...

    ReplyDelete