Tuesday 28 February 2012

Pokok ini membesar setinggi 25 kaki dalam 4 bulan sahaja

Ian Spencer, 57 tahun hairan dengan sebatang pokok yang ditanamnya yang telah membesar setinggi 25 kaki hanya dalam masa 4 bulan sahaja. Dia telah melihat bunga pokok terbabit yang bernama pokok Agave buat kali pertamanya musim bunga, tetapi terpegun apabila ia terus membesar lebih tinggi di halaman rumahnya di Penzance, Cornwall, England.

Ian ialah seorang jurutera bersara yang tinggal bersama isterinya Jenny, berkata, 'Kami telah pergi bercuti dan kemudian anak kami telefon kami untuk beritahu bahawa pohon tersebut telah mulai membesar - kami langsung tidak mempercayai pada mulanya."

"Ketika kami mula meninggalkan pohon tersebut, ketika itu ia hanya seperti segumpal daun tetapi pada masa kami kembali pada akhir bulan Mac, ia sudahpun tumbuh sehingga 6 kaki tinggi dan kemudian ia terus membesar lagi."

"Saya memutuskan untuk memfilemkan pembesarannya selepas melakukan beberapa penyelidikan dan ia akhirnya berhenti berkembang beberapa minggu yang lalu."

"Adalah sesuatu yang menarik untuk memiliki sesuatu yang seperti pokok tersebut di taman hadapan rumah anda. Pohon Agaves biasanya digunakan untuk membuat tequila di Mexico. Di tempat asalnya - bunga, daun, batang dan getah pohon berkenaan kesemuanya boleh dimakan."

No comments:

Post a Comment