Wednesday 29 February 2012

Seorang Lelaki Merempat Di Tetak Dengan Kapak Dan Otaknya Di Makan Pembunuh

SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat didakwa kerana menetak seorang lelaki yang tidak berumah dengan kapak dan memakan otak mangsa.

Wajah Pembunuh..Tyree Lincoln

Tyree Lincoln Smith, 35, tidak menunjukkan perasaan bersalah ketika berdiri dikandang tertuduh dengan tangan di gari di belakangnya ketika pendakwaan atas kesalahan membunuh dulakukan di mahkamah Connecticut.


Smith dituduh membunuh Angel Gonzalez, 15 Disember lalu, dimana mayat mangsa ditemui di tingkat tiga rumah tinggal.


Pendakwaraya, Gliese Collimore menggesa hakim untuk mengenakan bon jaminan yang tinggi kerana menganggap jenayah itu sebagai "amat kejam."


Talitcha Frazier, kakak ipar mangsa, menyatakan bahawa dia teringat pernah melihat Smith meminta sedekah di jalan dan menyuruh lelaki itu mendapatkan pekerjaan." Saya tidak menyangka bahawa dia telah membunuh abang ipar saya," kata Frasier di mahkamah selepas perbicaraan.


Smith dicari pihak berkuasa apabila sepupu pembunuh itu menghubungi polis apabila menjumpai mayat Gonzalez.


Sepupu Smith memberitahu detektif bahawa lelaki itu datang kerumahnya pada 15 Disember dan meminta izin untuk masuk ke rumah dan membersihkan darah di tangannya sebelum pulang ke rumah tinggal di mana dia menginap di situ.


Keesokan harinya, Smith kembali ke rumah sepupunya dengan darah di seluarnya, tangan dan kapak, menurut catatan di dokumen mahkamah.


Sepupu Smith berkata:" Smith memberitahunya bahawa dia sedang tidur di anjung rumah di rumah terbengkalai apabila dia dikejutkan oleh seorang lelaki lain dan menjemput lelaki itu masuk ke dalam rumah. Smith kemudian memukul muka dan kepala lelaki dengan kapak dan mengumpul satu daripada matanya dan separuh otaknya, yang kemudian ditanam di tanah perkuburan berhampiran.


Sepupu Smith memberitahu detektif bahawa dia menelefon ibu Smith yang kemudian mencadangkan kepada pihak polis pada 16 Disember supaya mereka memeriksa rumah yang terbengkalai dan memberitahu bahawa anaknya mempunyai "masalah mental.


Lelaki itu juga diarahkan dirujuk ke pakar psikitri untuk dianalisa.

No comments:

Post a Comment