Sunday 26 February 2012

Mr. Bean Meninggal Dunia?

Mr. Bean Pula Dikatakan Meninggal Dunia?
Keghairahan sesetengah pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan medium komunikasi popular itu untuk menyebarkan maklumat mampu mengundang bahaya disaman, ditahan pihak berkuasa dan mencetus provokasi melampau di kalangan masyarakat.

Ada di antara pemilik akaun laman Twitter yang kurang bertanggungjawab telah menyebarkan berita-berita kontroversi atau palsu mengenai individu terkenal dan berpengaruh.

Antara yang pernah menjadi mangsa ‘permainan’ pengguna Twitter ialah pelakon popular tanahair, Azean Irdawaty dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dikatakan ‘meninggal dunia’.

Penyebaran maklumat palsu tersebut jelas menyinggung ramai pihak khususnya kedua individu terkenal itu dan menyebabkan pihak berkuasa bertindak menyiasat mengenai dalang yang menjadi punca di sebalik berita-berita tersebut.

Persoalannya, wajarkah perkara hidup dan mati dijadikan bahan ‘permainan’ sebegitu?

Mangsa terbaru ialah bintang komedi terkenal, Rowan Sebastian Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean dikatakan telah meninggal dunia oleh seorang peminat di Twitter.

Menariknya, peminat tersebut mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian dan menyifatkan tindakannya menyebarkan ‘kematian’ Mr. Bean itu sebagai sinikal serta beralasan kukuh.

Di sebalik dakwaan yang menjadi kontroversi itu, peminat tersebut, Micheal Robert Meras memberikan “link” yang menjadi sumber untuk dia menyebarkan berita itu dan menganggapnya sebagai satu jenaka yang perlu diperbetulkan.

“Link” yang diberikan itu adalah merujuk kepada kenyataan fakta di laman web Wikipedia yang menulis mengenai tarikh kematian pelakon komedi itu pada ’26 Februari 2012’.


Bagaimanapun, menyedari tindakannya telah mencetus kontroversi dan kemarahan ramai pihak, Robert Robert meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya tersebut.

Begitulah pengaruh Twitter yang mampu mengundang kontroversi dan ketegangan dengan sekelip mata sehingga menarik perhatian pihak berkuasa.


Tidak ramai yang menyedari bahawa setiap patah perkataan yang diungkapkan di laman-laman sosial internet itu juga mampu dimanipulasi, menyinggung emosi dan disalah anggap oleh masyarakat. –Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment