Wednesday 29 February 2012

Wanita tua jatuh lubang ketika jalan bersama suami


Seorang wanita tua berumur 87 tahun, Wang Lu terjatuh ke dalam sebuah lubang besar semasa berjalan kaki bersama suaminya pada waktu pagi.Wanita itu berjalan selepas dia bersarapan pagi di Changchun di wilayah Jilin baru-baru ini.

Suaminya, Wang Jungcheng cuba menarik baju isterinya tetapi tidak berjaya.Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan dihubungi dan seorang kakitangan bomba turun ke dalam lubang sedalam tiga meter itu untuk membawa Lu keluar.

Wanita itu kemudian diperiksa oleh kakitangan perubatan yang mendapati dia sihat dan cuma mengalami calar pada tubuhnya.

Menurut beberapa penduduk, penutup lubang itu telah hilang tetapi pengganti penutup tersebut lebih kecil daripada yang asal.-agensi

No comments:

Post a Comment