Wednesday 29 February 2012

Lelaki Punyai Jari Kaki Gergasi

Do Tan Tai, 39, yang bermastautin di Hoa Quang Bac Komun di Phu Hoa Ward di wilayah pusat Yen Phu, Vietnam, telah berjalan kaki ayam sejak 30 tahun lalu kerana 3 jari kaki kirinya yang terlampau besar.

Walaupun kaki kanannya adalah normal, kaki kirinya berukuran 35 cm panjang, lebih 20 cm lebar, 10 cm tinggi dan berat hampir 10 kg. Antara lima jari kaki kirinya, 3 daripadanya mempunyai saiz yang agak besar sekali

Tai memberitahu akhbar Nguoi Lao Dong bahawa dia mempunyai kaki normal seperti orang lain ketika dia berusia 9 tahun. Walau bagaimanapun, 3 jari kaki kiri beliau telah terus membesar melebihi daripada jari² kakinya yang lain.

Meskipun demikian beliau mendakwa bahawa keadaan kseihatannya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesakitan yang disebabkan oleh 3 jari kaki kirinya yang pelik itu.

No comments:

Post a Comment