Tuesday, 10 April 2012

Remaja 14 tahun dirogol dan pensil disumbat dalam kemaluan


Sudahlah dirogol, pensil pula disumbat ke dalam faraj beliau. Begitulah nasib malang yang menimpa seorang remaja 14 tahun yang dirogol rakan sebaya. Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensil sepanjang empat sentimeter itu yang masih tertanam dalam kemaluan mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensil itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin. Mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensil yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensil itu.

Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,

No comments:

Post a Comment