Thursday 12 April 2012

Rozita Che Wan tinggalkan ABPBH awal kerana merajuk?



Kenapa dengan Rozita Che Wan? Dikhabarkan bahawa pelakon yang popular dengan bulu mata palsu bertingkat itu telah pulang awal sebaik saja tamat acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).


Maksudnya, Rozita Che Wan langsung tidak masuk ke dalam Arena All Star atau mungkin belumpun panas punggungnya duduk di dalam dewan berkenaan dia telah bergegas turun dari kota keriangan berkenaan.


Daripada apa yang didengar, Rozita Che Wan yang sememangnya cukup menawan dengan persalinan kombinasi rona biru dan perak pada malam berkenaan hanya menunjuk muka untuk slot glamor berkenaan bagi memenuhi impian pereka fesyen Rizman Ruzaini yang telah menyiapkan pakaiannya.


Namun daripada kiriman SMS yang dikirimkan Rozita Che Wan kepada salah seorang editor portal murai.com.my sebentar tadi, pelakon Kiah Perkasam itu terpaksa bergegas ke KLIA untuk terbang ke Milan, Itali pada malam ini juga.


Daripada kiriman SMS itu juga, dia akan berada di sana selama dua minggu untuk bercuti sambil merehatkan fikirannya sebelum kembali sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama kembalinya ke tanah air.


Kiranya, Rozita Che Wan pulang awal bersebablah dan pendirian pelakon cantik itu kerana walaupun terpaksa bergegas untuk mengejar penerbangan dia tetap hadir ke ABPBH 2011 untuk memberikan penghormatan pada majlis berkenaan.

No comments:

Post a Comment