Wednesday 11 April 2012

Inilah Doktor Yang Paling Berani Membedah Dirinya Sendiri



Tarikh 29 April 1961, seorang doktor dari ekspedisi Antartika Rusia (Kutub Selatan Bumi) di stesen ekspedisi "Novolazarevskaya", Leonid Rogozof (27 tahun), merasa demam dan bahagian bawah perutnya terasa sakit sekali. Keesokan harinya keadaannya semakin parah. Tak mungkin di daerah kutub yang terpencil itu ia menyewa pesawat untuk membawanya ke rumah sakit.



Tak mungkin pula ia minta pertolongan kepada doktor yang lain, kerana ia adalah satu-satunya doktor yang ada di tempat ekspedisi tersebut. Akhirnya pada malam 30 April 1961 itu, dr Leonid terpaksa melakukan operasi terhadap dirinya sendiri, untuk memotong dan mengeluarkan organnya berupa usus buntu (appendix) yang telah meradang. Dalam operasi itu ia menggunakan bius tempatan (local anesthesia), dibantu oleh seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang ada dalam ekspedisi tersebut. Sambil berbaring setengah membongkok ke arah sisi kiri, ia menyuntik ke dirinya cecair ubat bius tempatan "novocaine", kemudian melakukan torehan sepanjang 12 cm di bahagian perut kanannya (iliac) dengan pisau bedah. Dengan melihat melalui cermin kecil dan meraba-raba, Leonid melakukan pembedahan, mengeluarkan usus buntunya, dan menyuntik antibiotik di bahagian perut, menjahit lukanya. Kedua-dua orang "pembantu" (mekanik dan metrologist) membantu memegang cermin kecil ke dekat perut dan memberi peralatan perubatan kepada Leonid. Operasi ini berjalan selama 1 jam 45 minit untuk selesai.



Lima hari selepas pembedahan, keaadaan badan Leonid normal kembali, dan 2 hari berikutnya jahitan lukanya dibuang. Seluruh peralatan yang digunakan untuk melakukan Pembedahan yang hebat itu, kini berada dan dipamerkan di muzium "Artik dan Antartika" di St. Petersburg, Rusia.

No comments:

Post a Comment