Saturday 28 April 2012

BERSIH 3.0 :Pemandu Nyaris Maut Kerana Bedilan Polis

Seorang pemandu nyaris maut apabila tabung gas pemedih mata yang dilepaskan polis dalam usaha meleraikan demonstrasi Bersih 3.0 hampir mengenai kenderaannya di perkarangan Masjid India di sini hari ini.

Kejadian bermula apabila sekumpulan anggota FRU melepaskan tembakan untuk meleraikan perhimpunan.

Tabung gas pemedih mata itu jatuh berhampiran sebuah kawasan letak kereta dan hampir mengenai sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz hingga menyebabkan seorang lelaki terperangkap di dalamnya.

Bagaimanapun dia berjaya keluar daripada kereta berkenaan tanpa sebarang kecederaan dalam kejadian pukul 3.30 petang itu. -Sumber MyNewsHub

No comments:

Post a Comment