Wednesday 11 April 2012

Fasha Sandha Nikah 27 April Ini


 

Harian Metro semalam berkongsi gambar kad jemputan pernikahan Fasha Sandha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini di satu lokasi yang dirahsiakan. Menurut Fasha Sandha, hanya 300 tetamu sahaja yang akan dijemput membabitkan anggota keluarga dan sahabat rapat sahaja. Kata Fasha:-
Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.
Menurut Jejai, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir selesai. Dan Jejai enggan memberikan komen mengenai majlis resepsi yang kononnya akan dilangsungkan di luar negara. Menurut Jejai, majlis yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini.

No comments:

Post a Comment