Saturday 17 December 2011

Pelajar Malaysia dikatakan hilang kini berkahwin dengan pasangan sejenis

Terkejut mendengar berita kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin. Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.



Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff. Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.



Sama-sama kita doakan agar Ariff Alfian Rosli menyedari yang ramai rakyat Malaysia mengetahui berita perkahwinan sejenisnya dan mahukan dia kembali ke pangkal jalan. Kepada keluarga Ariff, Abang Nara harapkan anda bersabar dengan dugaan hebat ini. Harap-harap semuanya akan kembali seperti biasa. Amin.



Info lanjut akan diupdate dari masa ke masa untuk tatapan anda semua.

No comments:

Post a Comment