Tuesday 27 December 2011

Respon Leina Hangat selepas gambar tidak senonoh beliau tersebar

Selepas tersebarnya gambar-gambar Leina Hangat membuat persembahan ‘hangat’ di sebuah majlis makan malam tahunan sebuah syarikat, portal Murai telah melaporkan yang Leina atau nama sebenar , Nor Azlina Abdul Rahman, 39, memberitahu dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai penghibur:-




Dengan rendah diri, saya hanya melengkapkan tugasan saya dengan menghiburkan tetamu, bukan menjual diri dengan adengan mengiurkan. Memang saya berpakain seksi tetapi itu keselesaan saya.

Saya masih tahu batasnya dan saya tahu apa yang boleh buat, apa yang tidak boleh. Saya tidak begitu bodoh melakukan perkara tidak elok, tambahan pula dikhalayak ramai. Mungkin ada orang salah tafsir persembahan saya malam itu.

Kenapa hanya lihat keburukan saya, sedangkan itu tanggungjawab saya sebagai penghibur? Kenapa perlu menjatuhkan saya sedangkan itu sumber pencarian saya? Saya hanya mahu jadi penghibur profesional.

Dia mengakui dirinya memang berpakaian seksi dan meminta masyarakat supaya tidak menghentam dirinya yang mencari rezeki sebagai penghibur.

Leina turut menyatakan ada kemungkinan penyebaran gambar terbabit dilakukan peminat yang cemburu dengan layanannya terhadap tetamu lain. Dia mendakwa menyanyi dan bergelek saja pada malam itu.

Begitulah katanya, hanya menghibur, uols. Jangan jeles hokkay.

No comments:

Post a Comment