Thursday 29 December 2011

Debby Ayu pelakon muda tidak kisah imej lucah

Aktres yang dikenali ramai sebagai mempunyai imej lucah, Debby Ayu tidak peduli sama sekali dengan tanggapan orang terhadapnya dari segi itu termasuk pihak yang menuduh lakonannya tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

“Saya pernah baca pandangan serong itu di Twitter dan Facebook termasuk mereka yang menyifatkan lakonan saya lebih kurang sama saja.
“Saya harap boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka. Bagi saya, tak perlu layan pandangan seperti itu kerana saya boleh gila,” katanya ketika mengulas kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada beliau tiada masalah dengan cakap-cakap orang yang suka mengungkit adegan mendedahkan tubuhnya dalam filem, Debby berkata:
“Itu bukannya soal mendedahkan tubuh atau membuka pakaian. Orang seperti itu sudah berfikiran kotor. Jika terdedah sedikit sekali pun mereka akan memikirkan yang bukan-bukan.

“Apa yang saya lakukan dalam filem itu, semuanya hasil daripada perbincangan yang teliti,” tegasnya.

Baginya, watak atau aksi seksi lakonannya bersesuaian dengan perjalanan cerita selain menekankan tawaran lakonan untuknya adalah rezeki tidak boleh ditolak.
“Saya tidak bosan melakonkan peranan seksi. Rezeki jangan ditolak dan aksi seksi itu juga sesuai dengan kisah dalam cerita itu,” katanya yang menghadiri tayangan filem terbarunya, Pelet Kuntilanak dengan watak Pamela.

No comments:

Post a Comment