Thursday 29 December 2011

Pasangan Lesbian Ini Saman Pusat Penginapan

Dua wanita dari Selatan California memfailkan saman ke atas sebuah pusat penginapan di Hawaii yang didakwa tidak membenarkan mereka menyewa bilik atas alasan mereka pasangan lesbian.
Diane Cervelli dan Taeko Buford yang menetap di California memfailkan saman tersebut terhadap Aloha Bed & Breakfast.

Cervelli, 42, menghubungi pusat penginapan tersebut pada tahun 2007 untuk menempah bilik berdekatan Hawaii Kai untuk bertemu dengan seorang rakan yang menetap berhampiran.
Apabila dia menjelaskan bahawa mereka hanya memerlukan sebuah katil, pemilik pusat penginapan tersebut bertanyakan sekiranya mereka adalah pasangan lesbian.

Cervelli menjawab dengan jujur dan pemilik tersbut memberitahu dia tidak selesa menerima kehadiran pengunjung gay kerana ia bertentangan dengan pegangan agamanya, dakwa wanita tersebut dalam saman itu.
Peguam Peter Renn memberitahu, pemilik tersebut berbuat demikian atas alasan seksual anak guamnya kerana pemilik tersebut turut menyatakan tidak akan membenarkan wanita itu menyewa bilik meskipun jika dia dan pasangan telah berkahwin.

Pemilik pusat penginapan itu juga didakwa mempunyai masalah untuk menyewakan bilik kepada pasangan heteroseksual yang belum berkahwin.
Cervelli akhirnya menyewa sebuah bilik di Waikiki dan menyifatkan pengalaman dengan pusat penginapan tersebut telah menganggu perjalanannya bersama Bufford, 28.
“Pada pengalaman lepas di Hawaii, penduduknya begitu mesra. Ia sangat menyakitkan dan membuatkan saya berasakan seolah-olah kami tidak cukup bagus,” katanya.

Ketika dihubungi, pemilik pusat penginapan tersebut, Phyllis Young enggan memberi komen dan meminta agar semua pertanyaan diajukan kepada peguamnya.

No comments:

Post a Comment