Monday 26 December 2011

Pengacara Sanggup Korbankan Daging Sendiri Demi Rancangan TV


Meja Ala-Ala Candle Light Dinner Disediakan Untuk Santapan Dagiing Manusia

DUA pengacara TV mengatakan bahawa mereka ingin makan ketulan daging antara satu sama lain kerana mereka mahu mengetahui apa rasa daging manusia di hadapan penonton studio.

Mereka mempertontonkan acara menjijikkan itu di dalam rancangan berjudulPreojfkonijen yang diacarakan oleh dua orang pengacara itu Dennis Storm dan Valerio Zeno , dalam slot "Test Rabbit ".

Antara selingan yang menarik dalam rancangan itu mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan bodoh yang benar-benar mudah dari penonton seperti, "Bolehkah anda mencukur dengan sos tomato" atau "Bolehkah anda memandu dalam keadaan buta?" kata Storm kepada ABCNews.

Storm berkata: " kami ingin mengetahui bagaimana rasanya daging manusia."

Mereka rela menyumbangkan daging masing-masing untuk menjayakan rancangan itu. Seorang chef diundang untuk memasak daging punggung Storm, dan sekeping daging perut Zeno yang telah dipotong lebih awal oleh seorang pakar bedah dalam kuali dengan minyak bunga matahari, tanpa garam dan lada hitam untuk mengekalkan rasa semula jadi daging.

Setelah selesai menjalani cabaran menjijikkan, pengacara itu memberitahu ABC News bahawa tiada apa yang mengagumkan pada rasa daging manusia dan tiada apa-apa yang istimewa mengenai rasa daging manusia didalam satu temubual.

"Ketika rancangan itu dirakamkan, pengalaman pelik yang mereka rasakan adalah apabila memakan daging orang yang berada di hadapannya sambil bertentang mata."Ia hanya beberapa sentimeter daging dan kini saya mempunyai cerita yang boleh dibanggakan tentang parut yang terdapat pada baadan saya,"kata salah seorang pengacara itu.

"Adegan menjijikkan itu akan keudara pada hari Rabu di dalam rancangan TV di Netherlands dan ia adalah sangat berbaloi untuk ditonton," tambah Storm lagi.

Kedua-dua menegaskan bahawa lagak ngeri mereka adalah tidak menyalahi undang-undang kerana kedua-duanya bersetuju dalam pakatan untuk memakan daging manusia secara sukarela.

Seorang Peguam menasihatkan penerbit program itu bahawa walaupun"kanibalisme" itu tidak menyalahi undang-undang, tetapi orang yang mendedahkan kepada umum atau pakar bedah yang melakukan pembedahanke atas mereka boleh menghadapi masalah dengan undang-undang.

Sumber: News.Com

No comments:

Post a Comment