Monday 26 December 2011

Anjing Mengambil Monyet Sebagai Anak Angkat Dan Menyusukannya

SEEKOR anjing di timur laut Bangladesh telah mendapat liputan meluas apabilamenyusukan seekor anak monyet untuk memulihkan kesihatannya selepas ia telah diselamatkan dari penduduk kampung yang marah, kata pemilik anjing itu kepada pemberita AFP Rabu lalu.

Penduduk kampung di Bangladesh terpukau dengan hubungan baik anjing dan monyet itu.

Berpuluh-puluh orang berpusu-pusu ke rumah Shipar Reza di dalam kampung Bishwanathpur untuk menyaksikan keadaan luar biasa anjing itu yang digelar Mintu, yang juga ibu kepada tujuh ekor anak anjing.

Monyet yang masih bayi itu berusia hanya beberapa hari apabila penduduk kampung berjaya menangkapnya dari sekumpulan monyet yang telah merosakkan sawah padi, kata Reza.

"Pada keesokan harinya, anak monyet itu menyertai anak-anak anjing yang lain dan mula menyusu dengan Mintu. Sejak itu Mintu menerima kehadiran monyet itu dan melayannya seperti anak sendiri. Ia kini tidur dengan Mintu dan anak-anak anjing lain," katanya kepada AFP.

"Mintu akan menyalak dan marah jika ada sesiapa yang mengganggu anak monyet itu, yang berjalan di sekeliling kampung dengan menunggang belakang Mintu. Kini sudah sebulan sejak saya memelihara monyet itu, tetapi ia tidak menunjukkan tanda-tanda mahu kembali semula ke dalam hutan mencari ibunya," tambah Reza.

No comments:

Post a Comment