Wednesday 28 December 2011

Pemberita korek hidung semasa siaran berita

 
Seorang pemberita wanita mengorek hidung di belakang seorang pembaca berita di pejabat stesen televisyen CBS di sini, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku semasa pembaca berita, Dorothy Tucker memberitahu kepada penonton mengenai pentingnya untuk memastikan pijat-pijat tidak berada di dalam rumah, baru-baru ini.

Namun, apa yang lebih menjijikkan lagi ialah pemberita wanita itu menjilat jarinya yang digunakan untuk mengorek hidung tanpa membasuh tangganya terlebih dahulu.

Pemberita wanita itu dengan selamba meneruskan tugasnya dengan menggunakan telefon seperti aksinya tidak dilihat oleh penonton.-kosmo online

No comments:

Post a Comment