Thursday 29 December 2011

Justin Bieber hadiahkan kereta kepada seorang rakan

Penyanyi remaja popular, Justin Bieber memberi kejutan kepada seorang rakan rapatnya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama Mustang berwarna putih sempena hari Krismas.

Penyanyi berusia 17 tahun itu dilaporkan memberi hadiah tersebut kepada rakan zaman kanak-kanaknya, Ryan Butler ketika pulang ke kediamannya di Stratford di Ontario, Kanada sempena musim cuti Krismas.
Butler memuat turun gambar kereta itu bersama mesej dalam laman web Twitter.

“Justin menghadiahkan saya sebuah kereta,” tulis Butler dalam Twitter.

Setakat ini, Bieber dilaporkan mendiamkan diri berhubung hadiah itu, sebaliknya dia hanya memaklumkan pengalamannya bercuti bersama keluarganya dalam laman itu

“Saya berasa lega dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama orang yang disayangi sempena Krismas ini,” jelas Bieber.

Dia juga memuat turun beberapa gambarnya bersama adik-adiknya Jaxon, 2, dan Jazmyn, 3 tahun.
Bieber tidak menyebut tentang teman wanitanya, Selena Gomez dalam mesejnya.

No comments:

Post a Comment