Monday, 19 December 2011

Maria Farida yang mengghairahkan . . .


Tajuknya saja sudah mendebarkan dada. Apatah lagi bila dinobatkan yang pelakon utamanya ialah Maria Farida, pelakon yang sering dikaitkan dengan imej seksinya.

Nak tahu tagline filem ini: ” Hidup mesti seksi tapi jangan seksa “

Penulis tak mahu komen banyak sebab belum tengok filem ini tetapi berdasarkan trailer filem itu di Youtube, nampaknya imej seksi Maria dan elemen ghairahnya memang ada.

Adakah sudah menjadi trend dalam filem Melayu ketika ini untuk memasukkan elemen berbau seks dalam karya mereka?

Dalam filem Ombak Rindu sebagai contoh, elemen sebegini agak ‘kuat’ dipaparkan…dan nampaknya ia diteruskan dalam Datin Ghairah. Bezanya Datin Ghairah lebih berbentuk komedi romantik berbanding Ombak Rindu yang sarat dengan kisah cinta yang melankolik.

Penulis difahamkan, walaupun filem itu belum lagi ditayangkan, Maria Farida sudah pun bersedia dengan kritikan yang mungkin akan dilemparkan kepadanya kelak gara-gara imej seksi dan menggoda yang ditonjolkannya di dalam filem tersebut.

Mari kita dengar apa kata Maria Farida mengenai filem berkenaan;

“Saya rasa, penonton mungkin akan mengkritik cara pemakaian saya dalam filem tersebut. Tapi, saya tidak rasa ia terlalu ‘over’. Nak kata saya seksi sangat pun, tidak lah juga. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan.

“Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja. Tengoklah pula jalan ceritanya macam mana. Lagipun, ini adalah filem komedi dan sejujurnya, saya tidak rasa ia melampau,” katanya.

Namun berdasarkan sinopsis filem ini, penulis tak nampak pula yang ia mengenai filem seorang Datin yang penuh berahi.

Namun, ia sebenarnya merujuk kepada seorang wanita berstatus Datin yang bernama Ghairieyah.

Mengikut sinopsisnya, Datin Ghairieyah atau lebih dikenali sebagai Datin Ghairah adalah balu kepada arwah Datuk Mahfuz, seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia.

Emelia dan Emelda ialah dua orang anak hasil perkongsian hidup mereka selama hampir 20 tahun bersama.

Setelah hampir dua tahun Datin Ghairieyah berstatus janda, dia bangkit untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya.

Dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayar perniagaannya. Sufian yang merupakan rakan karib arwah Datuk Mahfuz sedaya upaya cuba untuk memikat Datin Ghairieyah demi kepenti­ngan perniagaannya.

Akhirnya hubungan antara Datin Ghairieyah dengan Sufian semakin intim. Perbuatan dan sikap Sufian yang licik tidak sedikit pun menimbulkan curiga di hati Datin Ghairieyah.

Apa-apa ajalahkan…kalau berdasarkan tajuk, penulis rasa mudah saja filem ni nak pecah panggung.

Namun harus diingat, penonton kita makin makin bijak, letaklah tajuk apapun…Mona Gersang ke, Bohsia Oh! Bohsia ke…kalau dah hampeh tu, hampeh jugaklah kan.

kredit to http://mynewshub.my

No comments:

Post a Comment