Friday, 16 December 2011

Lelaki warga emas tikam doktor kerana lambat beri rawatanr

TAHAN...suspek ditahan dan diikat sebelum diserahkan kepada polis.

GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan.

CEDERA...rusuk kiri doktor ditikam lelaki yang mengamuk di kliniknya.

Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.

Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.

Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.

No comments:

Post a Comment