Saturday, 3 December 2011

Lebih 200 masjid di Mekah salah arah kiblat

Umat Islam yang menunaikan ibadah solat di lebih 200 masjid sekitar Mekah sebenarnya menghadap arah kiblat yang salah sejak berdekad-dekad lamanya.

Menurut akhbar Al-Hayat, masjid-masjid berkenaan tidak dibina mengikut arah kiblat yang betul berpandukan arah Kaabah.

Perbezaan tersebut hanya disedari setelah pemeriksaan dilakukan terhadap beberapa buah masjid lama yang dibina lebih 50 tahun lalu.
Al-Hayat bagaimanapun melaporkan, Timbalan Setiausaha Kementerian Hal Eh awal Islam, Tawfik al-Sudairy, cuba menutup isu berkenaan.

"Tidak ada masalah besar tetapi pembetulan telah dibuat pada sejumlah masjid tua. Terima kasih kepada teknologi moden. Keadaan itu tidak menjejaskan solat," kata Tawfik.
Para penduduk Mekah dan pakar mencadangkan masjid-masjid terbabit memasang arah kiblat yang betul atau membetulkan kedudukan sejadah ke arah kiblat.

Satu cadangan lain mengesyorkan sistem laser dipasang pada menara Masjidil Haram agar semua masjid dan jemaah dapat menentukan arah Kaabah yang betul.

No comments:

Post a Comment